Boleh Cuba 3 Makanan Ini Insya Allah Membantu Pasangan Yang Ingin Memiliki Anak Lelaki

Merancang untuk memiliki anak lelaki mungkin jadi dambaan beberapa pasangan suami isteri tidak kira ianya anak pertama atau anak bongsu mereka. Yang menarik, pelbagai cara dan petua biasanya akan dicuba pasangan, mulai dari posisi seks hingga makanan.

Meski belum terbukti secara klinikal, menurut penulis buku What to Expect Before You're Expecting, Heidi Murkoff dan Sharon Mazel, makanan boleh mempengaruhi tingkat kesuburan pasangan yang pada akhirnya boleh membantu proses perjalanan sperma hingga menjadi anak lelaki.

Mesti ramai yang teruja untuk mencubanya kan? Jadi, apakah makanan tersebut? Semak ulasannya, seperti diterbitkan di Livestrong:

1. Acar

Percaya atau tidak, menurut Heidi dan Sharon, mengambil makanan tinggi natrium seperti acar dapat meningkatkan peluang anda untuk memiliki anak lelaki. 


Garam dianggap dapat mempermudah sperma lelaki untuk mensenyawakan sel telur anda. Makanan lain yang tinggi sodium termasuk sup, atau sekadar telur yang dimasak lalu ditaburkan dengan garam adalah cara lain untuk meningkatkan kandungan sodium anda.

Tapi jika anda pesakit darah tinggi, pastikan untuk berbincang dengan doktor anda sebelum meningkatkan pengambilan sodium.

2. Bijirin gandum

Bijirin gandum mengandung potasium dan kalium yang dapat meningkatkan peluang memiliki bayi lelaki.

Penulis Chasing the Gender Dream, Jennifer Merrill Thompson mengatakan, kalium bekerja seperti natrium.

"Bacalah label pada bijirin kegemaran anda untuk menentukan berapa kalium yang dikandungnya. Bila perlu, tambahkan hirisan pisang pada bijirin anda untuk meningkatkan potasium," katanya.

3. Buah dan sayur

Buah secara semulajdi mengandungi potasium tinggi yang dapat memiliki efek yang sama dengan bijirin gandum lainnya, catat penulis While You Are Expecting, Rene Van De Carr dan Marc Lehrer.

Meningkatkan pengambilan buah seperti melon dan aprikot dapat membantu meningkatkan kadar kalium. Banyak sayuran juga kaya potasium seperti kacang, kentang dan bayam. Taburkan sayuran dengan sedikit garam untuk menambah jumlah sodium anda yang dapat meningkatkan peluang anda memiliki anak lelaki.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda