Cara-Cara Membuat Telur Masin Menggunakan Telur Ayam. Mudah! Boleh Dinikmati Pada Bulan Puasa Nanti

Bila tiba bulan Ramadan, telur masin adalah antara lauk yang popular. Bukan sahaja sedap, malah cara penyediaannya yang ringkas serta boleh dinikmati dengan pelbagai gaya hidangan menjadikan hidangan ini menjadi pilihan ramai. 

Sempena bulan puasa yang bakal menjelma, apa kata anda cuba buat sendiri telur masin secara homemade. Biasanya ia dibuat menggunakan telur itik tetapi resipi perkongsian Puan Asiah Jaafar ini hanya mengguna telur ayam. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN:

13 biji telur ayam | dibersihkan
1 cawan garam kasar
2 ½ cawan air

CARA MEMASAK:

1. Masukkan air dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga larut.

2. Padamkan api dan biar air garam betul-betul sejuk.

3. Masukkan telur yang telah dibersihkan ke dalam baling dan masukkan air garam yang telah disejukkan tadi.

4. Tutup baling dan simpan selama 2 minggu sebelum dicuba.

Sumber: Rasa.my
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda