Haram Duit Yang Kita Ambil Hasil Jualan Kek Walaupun Pelanggan Yang Minta



"Tak boleh. Haram duit yang kita ambil itu." Getus saya.

Terkejut peserta2 dalam kelas branding tadi. Masakan tidak, sudah lama kelakuan itu dibuat. Baru hari ini tahu rupanya perbuatan itu tidak dibolehkan.

"Tapi Tuan... Pelanggan yang minta begitu. Bukan kami yang nak buat. Tetap tidak boleh?"
"Tetap tidak boleh." Jawab saya.

Jawapan ini berikutan dari soalan seorang peserta yang bertanya berkenaan hal trademark pada logo. Soalan itu sudah dijawab, cuma saya sambungkan jawapan itu dengan satu situasi.

"Tuan Puan yang mungkin tidak perasan selama ini, saya sekadar ingin mengingatkan. Kita tidak boleh menggunakan imej watak2 kartun seperti Upin Ipin dan Boboiboy untuk ditampal pada produk kita semata2 nak tarik perhatian anak2 tanpa kebenaran dari pemegang hakcipta asal watak2 itu."

"Sekiranya Tuan Puan guna tanpa kebenaran, itu ibarat merompak harta orang lain. Tak boleh. Haram duit yang kita ambil itu."

Bangun seorang peserta. "Tuan, katakan saya menjual kek. Kami ada satu edible printer yang boleh cetak manisan di atas kek. Pelanggan2 ramai minta kami cetakkan gambar Upin Ipin pada kek. Memang tidak boleh?"

"Tidak boleh Puan... Melainkan Puan buat sendiri untuk dimakan sendiri tidak mengapa. Tapi kalau Puan buat untuk dijual pada pelanggan, itu tidak boleh."

"Tapi.."

"Puan bayangkan begini. Puan buat kek yang kosong, Puan boleh jual dengan harga RM 20. Tapi kalau Puan letak gambar Boboiboy pada kek, Puan boleh jual dengan harga RM 50. Itu bermaksud, dengan gambar itulah Puan boleh jual dengan harga yang mahal."

Sambung saya lagi, "Kalau disebabkan gambar itu Puan dapat untung lebih, sebenarnya kita sudah ambil hak keuntungan orang lain. Ini yang saya maksudkan dengan kita mengambil duit yang haram."

Terkedu semua peserta.

"Tapi kita boleh tengok ramai sahaja peniaga di luar sana yang jual baju dan produk2 lain guna gambar kartun Disney la, Upin Ipin semua tu. Mereka tidak disaman pula?" Balas seorang peserta.

"Tidak disaman bukan bermaksud boleh buat. Proses turun naik mahkamah melecehkan. Soalnya pada diri kita sendiri sebagai usahawan. Ini soal adab, soal etika perniagaan. Walaupun kita lihat itu hanya kartun, nampak macam tidak ada nilai, tetapi membangunkan watak kartun itu besar kosnya. Kita mengambil keuntungan pada kos yang ditanggung oleh orang lain tanpa kebenaran."



"Mungkin itu sebabnya mengapa sampai sekarang kita tak kaya2."

Penganjur beri tepukan atas kesimpulan itu.
Kredit
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda