Menular! Kebanjiran Backpackers Mat Saleh Jadi Pengemis Di Malaysia, Singapura

Jika baru-baru ini, ramai terpegun dengan pujian daripada pelancong mat saleh tentang betapa peramahnya rakyat Malaysia. 
Namun, pendedahan terbaru daripada laman Asiajack ini mungkin membuatkan ramai berasa loya dan menyampah dengan kehadiran sesetengah pelancong asing ke sini.

Laman itu melaporkan seakan menjadi trend yang menular di beberapa buah negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan juga Hong Kong bila didatangi pelancong yang dikenali sebagai 'backpacker' bertindak mengemis di tepi jalan. 

Pun begitu, mereka ini dipanggil sebagai 'beg-packers' kerana tanpa segan silu meminta wang daripada penduduk tempatan yang rata-ratanya terkenal dengan sifat pemurah.

Seorang netizen dari Singapura, Maisarah Abu Samah memuat naik gambar seorang beg-packers ini di laman Twitter, berkata mereka memerlukan duit kerana mengembara tanpa duit mencukupi.

"Saya sedang mengembara ke seluruh Asia tanpa ada duit. Tolong bantu perjalanan saya."

Begitulah gambar mat saleh yang memegang nota meminta tolong daripada warga tempatan. 

Maisarah juga berasa pelik dengan keadaan tersebut kerana situasi meminta derma untuk mengembara atau melancong adalah satu yang asing baginya dan juga masyarakat tempatan. 

"Kami rasa sangat pelik bila seseorang minta duit untuk bantu dia pergi melancong.

"Selalunya mereka yang memerlukan duit untuk membeli makanan, bayar yuran sekolah atau pun membayar hutang," katanya.

Sebelum ini akhbar tempatan turut melaporkan kehadiran pengemis profesional dikenali sebagai Benjamin Holst yang sering berulang alik dari Malaysia, Thailand dan beberapa buah negara lain untuk mengemis. 

Dia kemudiannya dilaporkan memuat naik perkembangan terkini di Facebook dengan aktiviti mewahnya seperti menginap di hotel, minum di bar dan juga melanggan pelacur. Sehabisnya duit, dia akan kembali mengemis di tepi jalan
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda