Perhatian Ibu Bapa! Jangan Biarkan Anak Kecil Anda Memegang Wang Kertas. Ini Sebabnya...

Demi menjaga kesihatan anak, ibu bapa mungkin pernah melarang anaknya yang masih kecil untuk memegang wang kertas. Alasannya kerana ada banyak bakteria yang berkumpul di wang kertas atau syiling tersebut. Larangan ini tidak salah.

Kajian baru yang diterbitkan dalam Frontiers in Microbiology menemukan, wang kertas boleh menjadi tempat berkumpulnya bakteria penyebab penyakit.

Untuk penelitian ini, para peneliti mengumpulkan wang kertas dari 12 hospital dan tiga stesyen bas di Hong Kong. Wang ini kemudian dilap untuk memeriksa, apakah serangga boleh bertahan di kertasnya. Mereka juga mengambil sampel dari tangan orang, udara di stesyen, air minum, dan air bertakung.

Setelah menganalisis sampel-sampel di atas, para peneliti menemukan, wang kertas ternyata menyimpan lebih banyak jenis penyakit dari tempat-tempat lain yang diuji di atas.

Bakteria yang menempel di wang kertas juga bukannya bakteria yang tak berbahaya. Sebanyak 36 peratus dari semua bakteria yang ada bersifat patogenik, ertinya, mereka boleh membuat anda sakit. Termasuk bakteria E.coli dan Clostridium difficile, dua bakteria yang boleh menyebabkan bakteria lain muncul dan penyakit serius lain.

Para peneliti juga menemukan, jumlah bakteria yang resisten terhadap antibiotik jauh lebih tinggi pada wang kertas dibanding tempat-tempat lain di atas.

"Secara ringkasnya, wang kertas bekerja bagai medium yang 'menyerap' bakteria dari tempat lain. Patogen berpotensi tumbuh subur di atas permukaan wang kertas," tulis penulis penelitian, Jun Li, PhD.

Wang kertas boleh tercemar oleh kuman dari udara atau dari permukaan benda. Namun, perilaku tidak menjaga kebersihan dari pemegangnya seperti tidak mencuci tangan setelah keluar dari toilet, atau batuk ke tangan dan lalu menyentuh wang memegang peranan penting.

Kerana wang terus berpindah tangan, pencemaran pada wang kertas semakin banyak. Jadi, untuk menjaga kesihatan, pastikan anda selalu mencuci tangan setelah memegang wang, seperti dikongsikan dari Men's Health.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda