Semua orang mampu hafaz Al-Quran. Tak semesti untuk pelajar Tahfiz sahaja

Selalu kalau kita tengok video budak-budak boleh hafal surah-surah panjang dari Al-Quran, kita akan rasa kagum. Dan kita akan fikir, memanglah budak-budak mudah menghafal, sebab dia tak ada benda lain untuk difikirkan. Kawan, kita sudah silap besar.

Kalau budak boleh buat, secara logiknya, kita yang sudah dewasa pastinya lebih mudah nak buat apa yang budak boleh buat. Budak tak pandai seterika baju, kita pandai. OK, itu contoh yang terkeluar landasan sikit.

Nak hafal? Boleh cuba, mulakan dengan yang mudah dahulu. Aku kongsikan di sini beberapa tips, semoga bermanfaat.

Tip Menghafal Al-Quran 

1. Pilih surah atau ayat yang kita suka. Pilih surah yang kita boleh amalkan sekerap mungkin. Aku bermula dengan surah Al-Mulk. 30 ayat. Bila dah hafal, pilih surah lain pulak. Tak ikut susunan pun tak apa. Bukannya ada exam pun.

2. Baca bagi lancar dan betul sebelum mula hafal. Apps Al-Quran bersepah sekarang. Siap boleh pilih qari yang power-power. Baca sekali dengan makna ayat tu, sebab kita dengan mudah boleh kaitkan perkataan dan makna tu dalam kepala kita masa nak baca tanpa tengok kemudiannya. Aku pakai terjemahan Bahasa Indonesia, sebab yang Bahasa Melayu bercampur aduk dengan tafsir.


3. Selalu pasang atau dengar surah yang kita nak hafal tadi. Maksud selalu tu bergantung pada individu. Lagu Hang Pi Mana di radio masa zaman kegemilangan dia dulu boleh jadi kayu pengukur perkataan selalu. Pantang buka radio saja mesti ada. Untuk aku, 3 kali pusing, satu kali sehari. Tak perlu banyak-banyak. Kita bukannya budak sekolah tahfiz.
quran

4. Hafal sedikit demi sedikit. Satu hari boleh hafal satu ayat dah cukup. 3 ayat dah kira power. Tak payah pulun banyak-banyak ayat sekaligus. Hafal laju-laju nak pi mana? Macam aku cakap tadi, kita bukan budak sekolah tahfiz. Chill sahaja.

5. Tidur. Bila kita dah hafal satu dua ayat, dia akan terapung-apung dalam otak kita. Bila kita tidur, yang terapung-apung tadi akan mendap. Dia akan terselit di mana-mana. So, jangan frust bila dah ingat dua tiga ayat then lupa balik. Tidur dulu, InsyaAllah bangun tidur nanti dia register masuk.

6. Pilih masa yang sesuai untuk hafal. Orang kata masa paling sesuai adalah sebelum masuk waktu solat Subuh. Susah la nak hafal macam tu kalau kita bangun Subuh pukul 7, kan? Ada yang kata lepas Maghrib. Sebenarnya masa paling sesuai tu bagi aku bergantung pada individu. Aku menghafal paling masuk masa memandu. Lagi masuk kalau memandu jarak jauh. Boleh cuba tengok.

7. Bawak dalam solat apa yang kita dah berjaya hafal. Tak bawak selalu pun tak apa. Yang pentingnya kita selalu ulang baca dan hafal untuk sentiasa ingat.

8. Baca daripada satu sumber saja. Maknanya, kalau pakai satu Al-Quran tu jangan pakai yang cetakan lain. Kalau pakai satu apps tu, jangan tukar apps lain. Sebab kita manusia ni sedar tak sedar memang ada 'photographic memory'. Cuma berbeza tahap kecekapan sahaja.

Apabila dah hafal satu dua surah, kita akan sedar yang sebenarnya menghafal surah baru adalah lebih mudah daripada mengingat semula surah yang dah dihafal sebelum ni. Jadi, kena lah teruskan menghafal. InsyaAllah pahala bertimbun-timbun berbukit-bukau bergunung-ganang untuk kita semua.

Alhamdulillah, aku diberi kemudahan untuk menghafal sikit. Terlalu sedikit kalau nak dibandingkan dengan budak-budak yang kita tengok dalam video tu. Dan aku share benda ni sebab aku rasa menghafal Al-Quran patut jadi sesuatu untuk semua orang yang beragama Islam, bukan setakat terpasung di pusat tahfiz sahaja.

Mulakan perjalanan anda sekarang. InsyaAllah, tak dapat banyak, dapat sikit. Asalkan dapat. Sebab fadhilat menyimpan Al-Quran di dada ini sangatlah besar.
loading...

0 comment... add one now