SUBHANALLAH Pelancong Lelaki England Mengembara 80 Negara Akhirnya Peluk Islam Setelah Tumpang Kereta Lelaki Ini di RNR

Seorang lelaki bernama Eyz Shukri melalui laman Facebooknya beberapa bulan lalu telah berkongsi sebuah kisah yang cukup menarik, kisahnya dia telah menumpangkan seorang lelaki daripada England yang sedang mengembara untuk ke utara tanah air.

Dalam perjalanannya ke utara, dia telah berbual dengan lelaki berkenaan yang sudah mengembara ke 80 buah negara, lelaki itu menyatakan dia tidak tahu apa yang di cari selama ini.

Ezy telah memberitahu akan hal agama Islam kepadanya, dan akhirnya lelaki berkenaan menyatakan kesediaanya memeluk agama Islam.

Jom kita baca,


Assalamualaikum…

Saya ni tak pandai tulis panjang-panjang, ada satu cerita yang menarik dalam perjalanan saya ke Kedah, waktu nak pergi ke arah Utara semalam, saya singgah di RnR Tapah untuk makan dan solat.

Tiba-tiba seorang lelaki Mat Salleh James namanya, seorang pengembara (backpacker) dia bagitahu yang dia berasal daripada England, dia telah melambai-lambai mengangkat signboard tertera perkataan UTARA.

Apabila ditanya, katanya di nak ke utara semenanjung, mula-mula fikir takut juga nak tumpangkan, aahh, bawa jelah, ada juga geng nak bersembang.

Dalam perjalanan ke sana, sembang punya sembang, lelaki itu kata dia telah mengembara lebih 80 buah negara, hidupnya seperti seorang ”homeless”, kami bersembang lagi macam-macam.

Aku pun tanyalah, “apa yang kamu cari dalam hidup kamu,”

Dia kata, dia tak tahu apa yang dicarinya, dan kemudian bermulalah cerita panjang pasal agama Islam, pasal sirah nabi, “itu adalah apa yang perlu kamu cari dalam hidup kamu”

Saya ni bukanlah pandai sangat pasal agama, dia mula menunjukkan minat pasal Islam setelah dua jam bersembang pasal itu.

Aku tanya “Do you want be Islam as a Muslim?” dia balas “okay, im Ready,”

Terkejut juga aku dengar, sesampainya ke Alor Star, kami singgah di Masjid, bagitahu imam yang James ini nak peluk Islam.





Alhamdulillah akhirnya dia lafaz syahadah, air mata dia mengalir, alhamdulillah dia sudah peluk Islam.. sedih ada, gembira ada, moga dia dapatlah hidayah dan jawapan dalam pencariannya selama 50 tahun travel. 

Apa-apa hal bedal dulu tandoori 3 keping sorang…lapaq nau….before aku nk balik..
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!