Terkejut, Pakcik Ini Menyangka Kawan Masih Mengajar Di Sekolah Memandu, Rupa-Rupanya…

Saya jumpa pakcik ni masa singgah di Masjid Simpang 3, Gombak..

Dia bagitahu saya dia datang dari Felda Jengka. Dah satu malam tidur di Masjid. Datang sini sebab nak jumpa saudara yg mengajar di sekolah memandu Taman Selasih katanya. Dia dah cari tempat tu tapi tak jumpa-jumpa.

Saya cuba call seorang kawan yg duduk di Batu Caves tanya pasal sekolah memandu tu. Mungkin saya boleh tolong hantar pakcik ni ke sana. Agak terkejut bila kawan ni cakap sekolah tu dah lama tutup. Sekarang dah jadi tanah perkuburan!!! Sekolah tu dah pindah di Jalan Gombak…

Untuk kepastian, saya cuba google nama sekolah tu dan saya terus call. Staff di sana maklumkan sekolah tu dah lama tutup dan sekarang dah jadi tanah perkuburan dan mereka tak ada kena mengena dgn sekolah tu.

Kesian tengok muka dia bila saya bagitahu sekolah tu dah tutup. Bila saya minta no tel saudara dia tu, dia kata tak ada. Muka nampak penat sangat. Saya tanya dia dah makan ke belum? Dia kata semalam dan pagi tadi ada orang bagi makan nasi lemak.

Lepas ni pakcik nak pergi mana??


“Pakcik nak pergi hospital Kuala Lumpur, nak ambil ubat utk sakit jantung pakcik.”

Saya offer utk hantar pakcik ni ke HKL. Mulanya dia segan sebab risau mengganggu masa saya. Pukul 12 tghri saya bawa pakcik ni ke HKL. Dalam kereta dia tanya “Kita nak solat zohor di mana?”

Saya jawab “InsyaAllah kalau nampak mana-mana masjid nanti kita berhenti. Tapi kalau tak ada, kita solat di masjid HKL.”

Sampai HKL saya bawa dia pergi cafe, makan tengahari. Sambil-sambil tu tanya pasal keluarga pakcik ni. Rupanya di Pahang duduk sorang-sorang. Isteri dah meninggal. Ada anak 2 orang. Semua dah berkeluarga dan bekerja di JB.

Saya tinggalkan pakcik ni di HKL dan bagi duit makan dan tambang utk dia balik. Sebelum tu saya bagi no handphone utk mudah dia call kalau ada apa2 emergency. Semoga Allah jaga dia.

Alhamdulillah 2 hari lepas tu dia call bagitahu dah sampai rumah. Berulang kali ucap terima kasih.
.
Cuma bayangkan kalau dia yg dah berumur dan duduk bersendirian tu ayah kita sendiri. Kita pun akan tua. Ada masa nanti kita pun perlukan pertolongan orang lain juga.

Kredit :
Muhammad Abduh Nursalam
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda