Wanita Ini Kongsikan Tip Untuk Habiskan 30 Juzuk Al-Quran Sepanjang Bulan Ramadhan Ini. Mohon Kongsikan Tip Ini...

Assalamualaikum semua..
Semoga semua nya sentiasa dalam rahmat Allah ya.

Memandangkan Ramadhan tinggal beberapa hari sahaja lagi, saya ingin mengajak semua pembaca iium untuk mencipta azam baru iaitu “khatam Al-Quran di bulan Ramadhan.”

Semakin banyak masa kita terisi dengan membaca Al-Quran dan berzikir, semakin berkatlah Ramadhan kita. InshaAllah.

Di sini saya akan kongsi kan tips bagaimana hendak habis kan 30 juzuk al-Quran sepanjang bulan Ramadhan.


Tahukah anda, setiap juzuk dalam Quran ada 10-11 helai. Helai ya. Bukan mukasurat. Oleh itu, kalau setiap kali selepas solat fardhu, kita baca 2 helai. InshaAllah satu hari kita berjaya habiskan 1 juzuk. Kalau sebulan? Dengan izin Allah kita akan khatam.

Itu belum lagi ditambah bila kita baca kalam Allah itu sementara tunggu waktu solat, selepas sahur, sebelum berbuka dan waktu waktu yang lain. Lagi cepatlah kita boleh khatam. MashaAllah banyak waktu yang kita boleh isi demgan baca Al-Quran.

Jadi ingat ya…Baca sekurang-kurangnya dua helai setiap kali lepas solat kalau anda nak habiskan 1 juzuk dalam sehari.

Semoga Ramadhan kita lebih berkat dan diredhai Allah.

P/s = baca Quran ni seronok tau. Tambah tambah bila kita baca terjemahannya sekali.

Pss = jangan kerana terlalu kejar nak habiskan 30 juz, tajwid pun tunggang terbalik ya.

Assalamualaikum.

– Percaya
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda