Boleh Ke Makan Ayam Ada Tanda 'Lebam' Begini? Ini Jawapan Veterinar

Pernah tengok ayam lebam begini terutama di bahagian kepak dan dada ayam? Mesti pernah kan dan pasti ada yang was-was nak makan sehingga ada yang menyangka daging ayam yang dibeli itu telah disuntik dengan bahagian kimia. 

"Takut punya pasal, terus buang..." 

Bagaimanapun menurut seorang bekas pelatih di sebuah institut penyelidikan haiwan, dakwaan ayam disuntik itu adalah tidak betul dan adalah mustahil penternak ayam mahu menyuntik beribu-ribu ekor ayam untuk tujuan berkenaan. 

Bagi menjawab kekeliruan orang ramai, Nur Hanani, tampil memberikan penjelasan terperinci agar tiada lagi yang menyebarkan berita palsu kononnya daging ayam yang mempunyai tanda lebam tidak boleh dimakan dan menyebabkan kanser. 

Oleh Nur Hanani

"Jangan makan kepak, doktor kata situ tempat kena cucuk. Boleh sebabkan cancer."

Biasa dengar, kan? Kalau baca post ukhti sebelum ini, ukhti ada cakap itu fitnah. Kenapa fitnah? Mari kita sama-sama telusuri.

Mitos: kepak - tempat ayam kena cucuk.

Fakta: we don't do injection on ayam. Unless, for blood sample taking. Not for all chicken. Sample only.

However, we do vaccinate the wing area. And, it is only happening in breeder or layer farm. Macam mana kita vaksin? Kita puncture wing web area ayam tu. Tak inject pun. 


Merujuk kepada post ukhti sebelum ni, breeders are not for human consumption. Thats why kita boleh cucuk segala jenis vaccine semua tu.

Namun, dekat broiler farm, we don't do that. Kenapa? Mula-mula sekali, sebelum kita masuk bab sains, apa kata kita cakap pasal duit dulu. Sebab tu alasan paling logik untuk membetulkan fakta yang kita selalu dengar ini. 


Okay, satu batch ayam dekat breeder farm adalah dalam 10,000 ekor. Tak banyak. So we can form a vaccine team yang boleh cucuk seekor demi seekor ayam dalam satu hari. Tapi, dalam broiler farm, one house will be around 25,000 birds. In one day, akan ada placement around 4 house. More or less. 

Ini contoh, we are talking about big farms, yang duit mengalir setiap hari. That means, sehari kita receive dalam 100,000 ekor ayam. Siapa nak cucuk kepak seratus ribu ekor ayam? Nightmares! Even 10,000 ekor pun nak menangis ukhti habiskan, bayangkan 10 kali ganda?

Kalau dalam small farm pun, nak hire seorang pekerja pun dah costly. Tambah minimum wage sekarang dah RM1,000. So, can you imagine berapa puluh pekerja kita kena hire untuk mencucuk ayam semata-mata? Kita belum lagi ada teknologi machine yang boleh vaksin ayam yang dah besar.

Itu belum lagi cakap pasal mitos ayam kena cucuk hormon la, antibiotik la. You think company yang 24 jam kira duit ni nak keluar duit ke untuk benda yang wasting money macam ini? Lagi satu, vaccine or any kind of antibiotik is not cheap. Not at all. Although we do vaccinate the chicken for biosecurity purpose, but we use the most logical method untuk vaccinate. Reducing the manpower at least.

Nampak tak? Kenapa ukhti kata itu fitnah, sebab dia tak logik. Bukan senang nak pegang ayam sekor demi seekor semata-mata untuk inject something. Too risky. Ayam boleh injured, reducing quality, tambah kalau ada bekas cucuk. Merendahkan harga ayam itu. Logically speaking, we won't do that. For the sake of quality and money. Understand?

Ok lagi satu, ada yang kata lebam-lebam sekitar kepak ayam itulah bekas kena cucuk. Guys, that is the effect of mishandling. Especially masa harvesting. Tangkap ayam, hempas. Tarik kepak sesuka hati, angkat, lempar. Memang lebamlah ayam itu. Kalau kita pun kena cuit sikit dah lebam sana sini. Apatah lagi ayam?

Sebab itu kita yang belajar animal science ini sangat pentingkan welfare. Kerana akhirnya dia balik kepada quality ayam tersebut. Cantik ayam, maka cantiklah duitnya. Can you imagine the loss kalau ayam kena reject semata-mata sebab lebam begitu? 

Di pasar malam mungkin orang tak kisah sangat. Tapi dalam commercial market, ayam yang tak cantik seperti itu tidak boleh dijual seekor terus. Kena potong-potong pulak. Kos lagi.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!