5 Selebriti Berhijab Malaysia Paling Bergaya

Siapa cakap wanita berhijab tak boleh bergaya dan tampil cantik? Lihat sahaja kebanyakan selebriti tempatan yang berhijab, sentiasa cantik dan tampil bergaya.

Pada mereka yang inginkan inspirasi gaya berhijab, lihat sahaja OOTD selebriti tempatan berhijab. Mana tahu boleh cantik macam diaorang.

Jom lihat gaya hijab selebriti tempatan yang menjadi pilihan!




1. Vivy Yusof
Gaya Vivy tidak perlu dipertikaikan lagi. Pemilik Fashion Valet ini kelihatan selesa dengan setiap pakaian yang digayakannya. Mungkin itu kunci utama Vivy dalam berfesyen, selesa namun masih stylish. Vivy sering tampil on point di setiap majlis sosial dan acara fesyen. Apa saja yang digayakan Vivy kelihatan " mewah" dan yang paling penting dia juga kelihatan yakin dan elegan. Nak beragaya seperti Vivy walaupun berhijab? Kamu harus berani!



2. Neelofa
Sebagai seorang usahawanita, Neelofa bijak menggayakan fesyen sewaktu urusan perniagaan mahupun ketika bersantai. Neelofa gemar menyarungkan platform pumps yang sangat tinggi. Mungkin kerana dia yang bertubuh kecil tampak lebih yakin dengan pilihan kasut begitu. Neelofa memilih instant shawl sebagai gaya hijabnya dan pastinya ia dari jenamanya sendiri, Naelofar. Mungkin kerana instant shawl lebih mudah digayakan lebih-lebih lagi untuk wanita sibuk sepertinya.



3. Rozita Che Wan
Cikta merupakan selebriti yang mengamalkan fesyen bertaraf “high class” lihat sahaja gaya hidup, fesyen beliau di instagram sudah cukup melambangkan Cikta seorang yang mementingkan kesempurnaan dari setiap sudut dalam hidupnya terutama fesyen. Che Ta dan gaya fesyennya memang sentiasa meletop! Che Ta memilih selendang gaya hijabnya dan ternyata dia bijak memadankan dengan busana yang dipakainya supaya nampak lebih versatil.



4. Elfira Loy
Elfira tidak mempunyai gaya yang tertentu. Ada kalanya dia bergaya seperti gadis remaja namun tetap mencuba fesyen yang menampakkannya lebih matang. Elfira yang agak genit bijak menyembunyikan saiznya dan kelihatan sedikit tinggi. Elfira juga berani bereksperimen dengan pelbagai gaya seperti kimono, overall, ripped jeans dan gaun labuh.Kebanyakan gadis muda memilih selendang sebagai gaya hijab. Elfira lebih suka gayakan selendang polos dengan gaya tersendiri. Lebih selesa jika gayakan sendiri rasanya.



5. Wawa Zainal
Pelakon berkulit gebu Wawa Zainal menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk bertudung. Fesyen hijab Wawa Zainal sangat simple dan paling popular fesyen ‘tudung bawal satin’ yang digayakan oleh Wawa Zainal. Fesyen tersebut menjadi viral di Facebook malah peniaga tudung yang lain dapat meningkatkan jualan melalui tudung bawal satin yang dijual. Wawa Zainal yang pandai menggayakan pelbagai tudung meskipun sudah mempunyai 2 cahayamata ini sering menjadi pujian peminatnya.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda