Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda
Bagi kebanyakan orang, pengetahuan tentang tayar tidak begitu dititikberatkan sehinggalah tayar itu pancit atau perlu ditukar. Tayar biasanya perlu ditukar apabila capai tempoh 2 tahun atau apabila bunga tayar telah haus.
Tahu tak betapa pentingnya tayar dijaga dengan betul, kerana ia dapat panjangkan hayat tayar, bantu jimat minyak, pelihara keselamatan kenderaan dan membolehkan anda nikmati keselesaan dalam perjalanan.
Tayar merupakan bahagian yang paling penting pada setiap kenderaan. Tayar adalah satu-satunya bahagian yang menghubungkan antara kenderaan dan permukaan jalan.
Justeru itu, setiap pemilik kenderaan perlulah memahami asas keselamatan dan pengetahuan mengenai tayar kenderaan mereka. Setiap tayar kenderaan dibekalkan dengan maklumat spesifikasi dan keselamatan pada dinding tayar tersebut
Untuk tahu lebih lanjut tentang tayar, berikut beberapa panduan yang boleh dijadikan rujukan.
Tip Mengesan Kehausan Tayar Kereta
Untuk pengetahuan semua, apabila tayar sudah melepasi tanda paras amaran kehausan, tayar sudah tidak lagi mampu untuk memberi cengkaman pada setiap perjalanan dan ini boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan ketika memandu.
Pada kenderaan yang menggunakan sistem keselamatan ABS, keadaan tayar yang botak boleh menyebabkan kenderaan akan berhenti dalam jarak yang jauh ketika membuat brek kecemasan.
Kehausan tayar boleh terjadi atas beberapa faktor seperti penjajaran yang tidak betul, kerosakan penyerap hentak, permukaan jalan yang tidak elok/rata, cara pemanduan yang kasar, kerap membrek secara kuat atau pemanduan aggresif yang boleh menyebabkan tayar haus secara tidak sekata.
Tayar yang botak secara sekata pula adalah normal. Ia bergantung kepada jenis pacuan kenderaan. Kereta pacuan hadapan akan mengalami kehausan tayar hadapan dalam kadar lebih cepat. Dalam industri, tiada ketetapan yang khusus tentang kaedah rotasi tayar.
Ada yang mencadangkan perbatuan 10,000 kilometer (km), malah ada yang mencecah 20,000 kilometer. Rotasi tayar perlu dibuat dengan betul. Tayar hadapan kanan perlu ditukar dengan tayar belakang kiri dan begitulah sebaliknya.
Bunga Tayar
Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya.
Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlulah diganti.
Tarikh Pembuatan Tayar
Tarikh pembuatan juga adalah satu elemen yang penting yang perlu dititikberatkan oleh pengguna kenderaan ketika membuat pembelian tayar.
Kebanyakan pengilang tayar yang menghasilkan tayar hanya memberi jaminan ketahanan pada tayar antara 3-4 tahun sahaja.
Apabila ia melebihi tempoh yang dibenarkan, ia boleh mengundang bahaya seperti keretakkan pada permukaan tayar dan tidak lagi mencengkam di jalan dengan sempurna kerana disebabkan oleh bahan getah yang sudah luput dan mengeras pada tayar.
Jadi berhati-hatilah memilih dan membeli tayar terpakai yang mudah didapati di pasaran.
Bagaimana Hendak Mengetahuinya?
Cuba lihat nombor seperti diatas (*4514*). Ada tanda asterisk pada permulaan dan hujung serial nombor ini (sesetengah tiada tanda asterisk).
2 digit pertama akan memberi tahu kita minggu ke berapa dalam tahun tersebut tayar ini dibuat (Dalam setahun kita ada 52 minggu).
Dua digit terakhir pula mewakili tahun tayar ini dibuat. Oleh itu, jika *4514* ia akan menunjukkan tayar ini dibuat pada minggu ke 45 dalam tahun 2014 iaitu bersamaan bulan Nov 2014.
Jadi sekirannya jaminan ketahanan pada tayar adalah antara 3-4 tahun, maka anda boleh mengagak atau membuat kiraan bila tarikh luput tayar tersebut.
Contohnya di sini, tayar ini akan luput pada April 2017 atau 2018. Sekiranya anda berjumpa ada kedai yang menjual tayar luar biasa murahnya, anda pastikan tarikh luput tayar tersebut. Mungkin tayar tersebut sudah hampir tarikh luput atau sudah pun luput.
Apa Maksud Kod Pada Sisi Tayar Kenderaan Kita?
Contoh maklumat pada permukaan sisi tayar: 185/65R13/91H
Lebar permukaan bawah tayar: 185 mm
Lebar permukaan sisi tayar: 65 mm
Jejari: R
Diameter rim: 13 inci
Indeks muatan dan symbol kelajuan: 91H
Indeks muatan 91: Tayar itu boleh menampung muatan 615 kg
Simbol H: Kelajuan maksimum dgn tayar tersebut ialah 210 km/j
Senarai Kod
S – 180 km/j
T – 190 km/j
U – 200 km/j
H – 210 km/j
V – 240 km/j
Z – Melebihi had laju 240 km/j
W – 270 km/j
Y – 300 km/j
ZR – Untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j keatas.
Berat Tampung Maksima Tayar
Setiap tayar yang dihasilkan dibekalkan dengan berat maksima yang boleh ditampung oleh setiap tayar. Apabila kenderaan kita melebihi berat tayar yang dibenarkan, ini boleh menyebabkan kenderaan terbabas dan risiko tayar meletup ketika pemanduan adalah tinggi.
Fahami Kelajuan Dibenarkan
Kelajuan setiap tayar adalah berbeza mengikut spesifikasi masing-masing dan adalah dinasihatkan kepada para pengguna kenderaan untuk memahami dahulu kelajuan yang dibenarkan oleh pengilang pada setiap tayar mereka.
Amat penting sekali mamahami kelajuan tayar kenderaan anda bagi mengelakkan sebarang kegelinciran tayar pada kelajuan yang melebihi spesifikasi yang dibenarkan dan keadaan ini boleh menyebabkan kenderaan anda hilang kawalan.
Fakta Penting Tentang Tayar Terpakai ( Second Hand ):
Jangan gunakan tayar yang telah tamat tempoh. Semak catatan produksi tayar.
Jangan pakai tayar korek. Tahap kakisan tayar ini telah melebihi had rekaan pengeluar.
Jangan gunakan tayar berlainan model pada setiap sisi.
Pastikan ukuran tayar tidak melebihi had pengeluar.
Roda yang terlalu besar menyebabkan keupayaan berhenti menjadi rendah.
Rim yang rosak pada bahagian sisinya boleh menyebabkan kebocoran angin secara perlahan. Bukan disebabkan tayar terkena objek tajam.
Jangan memandu laju ketika hujan dengan tayar yang sudah haus. Ia boleh menyebabkan berlakunya aquaplaning, situasi apabila lapisan air di atas jalan raya lebih 'tebal' berbanding bunga tayar.Ia akan membuatkan tayar 'terapung', hilang cengkaman serta kenderaan tidak dapat dikawal oleh pemandu.
Semoga memberi manfaat dan dapat menambah pengetahuan anda semasa membeli tayar kenderaan anda.
Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
ReplyDeleteAda > 40 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.