Pernah tengok ayam lebam begini terutama di bahagian kepak dan dada ayam? Mesti pernah kan dan pasti ada yang was-was nak makan sehingga ada yang menyangka daging ayam yang dibeli itu telah disuntik dengan bahagian kimia. "Takut punya pasal, terus buang..." Bagaimanapun menurut seorang bekas pelatih di sebuah institut penyelidikan haiwan, dakwaan ayam disuntik itu adalah tidak betul dan adalah mustahil penternak ayam mahu menyuntik beribu-ribu ekor ayam untuk tujuan berkenaan. Bagi menjawab kekeliruan orang ramai, Nur Hanani, tampil memberikan penjelasan terperinci agar tiada lagi yang menyebarkan berita palsu kononnya daging ayam yang mempunyai tanda lebam tidak boleh dimakan dan menyebabkan kanser. Oleh Nur Hanani "Jangan makan kepak, doktor kata situ tempat kena cucuk. Boleh sebabkan cancer." Biasa dengar, kan? Kalau baca post ukhti sebelum ini, ukhti ada cakap itu fitnah. Kenapa fitnah? Mari kita sama-sama telusuri. Mitos: k...