Top 5 Bahan Mudah Dan Murah Untuk Buang Jeragat Korang!

Ramai yang menghadapi masalah jeragat dimuka sering mencari kaedah, teknik, rahsia, panduan, cara bagaimana atau petua menghilangkan jeragat ini. Mungki ramai diluar sana yang rasa tidak yakin kerana memiliki jeragat di muka. Di sini kami ingin kongsikan cara menghilangkan jeragat menggunakan bahan yang mudah dicari dan murah!
1. Hampas Kelapa

Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.
2. Kayu Manis

Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
3. Daun Sireh

Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
4. Putih Telur

Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
5. Kulit Pisang

Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
Bagaimana cara mencegah jeragat?
Setelah anda lihat dan amalkan petua dan cara hilangkan jeragat, saya pasti anda tidak mahu ianya datang semula bukan? Jom amalkan perkara-perkara di bawah bagi mencegah pembentukan jeragat:
1. Basuh rambut selalu
Jika anda mempunyai rambut yang berminyak, ia boleh menyebabkan lebih banyak minyak terbentuk di bahagian permukaan kulit yang akan meninggikan peluang anda mempunyai liang yang tersumbat. Selain daripada membasuh muka dua kali sehari, anda juga perlu pastikan anda membasuh rambut anda setiap dua tiga hari sekali, bagi menghalang pembentukan minyak berlebihan daripada terjadi di bahagian muka.
2. Kosmetik bebas minyak
Gunakan bahan solek dan losyen yang bebas daripada minyak. Produk-produk kecantikan yang berminyak adalah punca utama liang menjadi tersumbat. Selain daripada itu, anda juga perlu memastikan alat-alat solek anda seperti berus dan span dibasuh dengan lebih kerap, kerana ianya boleh mengundang bakteria untuk hidup padanya.
3. Diet pemakanan sihat
Akhir sekali, anda perlu mengamalkan diet pemakanan yang sihat. Kita sudah tahu bahawa minyak adalah punca utama terbentuknya jeragat dan jerawat, oleh itu jika kita hadkan pengambilan makanan yang berminyak adalah suatu perkara yang bagus.
Juga amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta meminum air yang banyak akan meningkatkan tahap kesihatan badan anda, dan badan yang sihat akan menyebabkan kulit juga menjadi sihat.
loading...
Comments
Post a Comment