Hati-hati Jika Anda Mempunyai Kesan Lekuk Seperti Ini Di Kaki Mungkin Ginjal Anda Sedang Rosak!

Jom check kalau-kalau anda sebenarnya menghidap penyakit Edeme. Caranya mudah sahaja, Tengok dan pegang kaki anda, picit isi kaki dengan jari anda. Kalau terdapat lekokkan lubang ditempat yang dipicit dan lubang tersebut lambat timbul kepada asalnya anda berkemungkinan mempunyai Edema.

Hati-hati Jika Anda Mempunyai Kesan Lekuk Seperti Ini Di Kaki

Edema adalah istilah yang digunakan untuk merujuk pada keadaan bengkak pada permukaan lembut seperti kulit. Dalam dunia perubatan edema adalah salah satu gejala yang sering dijumpai. Banyak penyakit yang dapat menyebabkan edema, mulai dari yang ringan seperti alergi kulit dan gigitan serangga hingga yang berat seperti kegagalan jantung dan ginjal.

Apa penyebab kaki bengkak/edema?

Edema dapat dibahagi kepada edema lokal dan edema general. Edema lokal ialah bila terjadi bengkak pada satu sisi tubuh saja, manakal disebut edema general bila terjadi bengkak pada lebih dari satu bahagian tubuh. Edema lokal biasa terjadi akibat penyebab lokal juga, seperti gigitan serangga, alergi kulit, pembuluh darah tersumbat di kawasan tersebut, dan sebagainya. Edema lokal biasanya lebih bersifat ringan dan tidak fatal.

Edema general biasa terjadi akibat gangguan atau kegagalan suatu organ tubuh, seperti kegagalan jantung, kegagalan ginjal, gagal hati, tumor, kanser dan sebagainya. 

Jika kegagalan jantung, jantung tidak efektif mengepam darah sehingga sebahagian darah berkempul pada kaki, perut, dan menyebabkan pembengkakkan. Manakala kegagalan ginjal, ginjal gagal menjalankan fungsinya untuk menyaring darah dan menghasilkan air urin. Akibatnya, air tidak dapat keluar dan memnyebabkan hampir seluruh tubuh bengkak. 

Jika kegagalan hati terjadi keadaan kekurangan protein yang dihasilkan hati. Protein tersebut berguna untuk menjaga air kekal di dalam aliran darah. Akibat kekurangan protein tersebut, air dalam pembuluh darah akan keluar ke rongga-rongga tubuh sehingga menyebabkan bengkak.

Anda kena bertindak pantas kalau:

1. Bengkak edema dari kaki naik ke Iutut dan ke paha + penat = Kemungkinan anda ada masalah kegagalan jantung.

2. Bengkak edema dari kaki naik ke lutut dan & ke paha atau ke tangan & perut + muka bengkak macam belon = kemungkinan anda ada masalah buah pinggang.

3. Bengkak edema dari kaki naik ke iutut & ke paha + perut boroi buncit dgn air muka badan kuning ( jaundice) atau penat = kemungkinan anda ada masalah hati.

4. Bengkak edema di kaki je. Cek perut ada baby…..hihihi = Ni bengkak kaki waktu hamil. Lepas bersalin ok je. Lelaki berkecuali

5. Bengkak edema kerana berdiri lama atau travel dlm kenderaan/ kapalterbang terlalu lama. Ni ok je bila angkat kaki masa balik rumah, letak kedua2 kaki atas bantal, besoknya kaki akan kembali pada keadaan biasa

6. Bengkak edema di kaki…ada perandangan/ kemerahan di kaki. Turuti dgn DEMAM CELLULITIS iaitu kuman infeksi di kulit kaki. Mkn antibiotik. Berpotensi ke arad kencing manis.

Cara Mengatasi Kaki Bengkak Edema:

A. Angkat kaki setiap kali berbaring, iaitu letakkan kaki lebih tinggi dari dada.
B.Kurangkan garam atau masin.
C. Jangan duduk atau berdiri terlalu lama.
D. Gunakan stoking khusus pada kaki yg bengkak.
E. Jumpa doctor anda untuk pastikan samada edema kaki anda ni bersangkutan penyakit atau tak?

Prinsip perubatan edema atau bengkak ialah mengubati penyakit berdasarkan punca:

1. Edema yang diakibatkan alergi kulit, gigitan serangga, atau kecederaan dapat dikurangi dengan menuam dengan air hangat. Pemberian krim kulit pada infeksi kulit juga akan mengurangi edema.

2. Bagi edema akibat infeksi perlu diberikan antibiotik untuk penyebab infeksinya.

3. Manakala edema akibat pembuluh darah tersumbat perlu dilakukan pemeriksaan berapa besar sumbatan terjadi. Terkadang penderita cukup meminum ubat agar sembuh, tetapi pada beberapa kes memerlukan pembedahan.

4. Untuk edema akibat kegagalan jantung, penderita harus mengurangkan pengambilan air dan mendapat terapi untuk ‘membuang’ kelebihan air pada tubuh

5. Bagi edema akibat kegagalan ginjal, perlu dilakukan pemeriksaan untuk memastikan tahap kegagalan ginjal. Pada kegagalan ginjal tahap akhir, penderita harus mendapatkan terapi cuci darah.

6. Pada edema akibat gagal hati, perlu diubati penyakit hati. Selain itu, sebagian besar penderita memerlukan bantuan protein tambahan melalui infusi.

Nampak seperti tiada yang serius dari luar, tapi langkah pencegahan penting. Dah ke picit kaki anda atau kaki keluarga anda? EDEMA kaki anda yang mana satu?
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda