Kisah Mengharukan Janji Antara Suami Isteri Jika Salah Seorang Diantara Mereka Meninggal Dunia

loading...

Begitu indahnya sebuah keluarga yang dibangun dengan berlandaskan syariat Islam. Cita-cita menjadi keluarga sakinah, mawaddah dan warrahmah Insya Allah akan tercapai.

Semua orang yang sudah menikah pasti ingin hidup bahagia, saling melengkapi antara suami dan isteri. Dan berdua-dua menjaga buah hati iaitu anak.

Setiap pasangan suami isteri pasti memiliki janji masing-masing dengan pasangannya. Tentunya janji ini bahagian dari menjalani kehidupan untuk mencapai kebahagiaan. Jadi, berikut ini catatan yang penulis ambil dari facebook atas nama Ar Ridwan Fatahillah tentang Janji antara suami isteri jika salah seorang diantara mereka meninggal dunia. Sangat mengharukan sahabat.
Gambar Ilustrasi

Seorang isteri menangis ketika akan memandikan jenazah suaminya. Sambil menangis isteri berkata, "Inilah janji kami sebagai suami isteri. Jika abang pergi lebih dulu maka
engkaulah yang memandikan jenazah abang. Andai engkau yang pergi dulu dari abang, abang yang akan memandikan jenazahmu."

Kemudian, dari luar bilik jenazah sebuah hospital, seorang Ustaz masuk dan bertanya adakah isterinya mahu memandikan jenazah suaminya. Kemudian bersama beberapa orang dan Ustaz yang  menemani si isteri segera untuk memandikan jenazah suaminya.

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayang padamu, wahai suamiku. Semoga Allah mengampuni dosa-dosamu dan menyatukan kita di akhirat nanti."


Saat membasuh tangan jenazah suaminya sambil berkata. "Tangan inilah yang mencari
rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. Kemudian ia berdoa “semoga Allah beri pahala untukmu wahai suamiku."

Saat membasuh tubuh jenazah suaminya, iapun berkata."Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang padaku dan anak- anakku, semoga Allah beri pahala yang berlipat-berganda untukmu wahai suamiku".

Kemudian saat membasuh kaki jenazah suaminya, kembali ia berkata "Dengan kaki ini engkau keluar rumah mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih suamiku. Semoga Allah memberimu kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali ganda."

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata. "Terima kasih suamiku, kerana aku bahagia sepanjang hidup menjadi isterimu dan hidupku sangat bahagia, terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang seiras dengan dirimu. Dan aku sebagai seorang isteri redha akan kepergianmu kerana kasih sayang Allah kepadamu."

Masya Allah sahabat renungan Islam. Betapa indahnya saling mencintai antara suami isteri kerana Allah SWT. Walaupun maut memisahkan di dunia, Insya Allah akan dipersatukan di akhirat nanti. Belajarlah dari kisah ini untuk saling mencintai, menhormati dan menghargai antara suami dan isteri. Semoga bermanfaat bagi sahabat semua, jazakumullah. 

(wallahualam)

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda