Posts

Showing posts with the label suami isteri

Derita Seorang Isteri Apabila Suami Mengaku Sudah Berzina. Apa Yang Isteri Perlu Lakukan?

Image
Assalamualaikum… saya ada masaalah berkaitan rumahtangga… sebelum ini rumahtangga saya aman bahagia,. untuk pengetahuan kak, baru 4 tahun saya berumahtangga dan anak masuk 2 orang. Sekarang saya mengandung 8 bulan.. baru-baru ini suami saya berterus terang bahawa dia telah terlanjur dengan bekas teman wanitanya di universiti dulu.. dan dia ingin mengambilnya sebagai isteri.. saya sedih yang teramat sangat. sukar menerima kenyataan.. setiap kali solat saya pohon allah beri petunjuk apa yang harus saya lakukan, perlukah saya menberi izin sedangkan saya terlalu sedih dengan keputusan ini. kini saya redha dan memberi izin suami berkahwin lagi. bagaimana saya ingin mengubat hati ini. sebenarnya saya takut suami akan mengabaikan saya dan anak2. saya pohon kak berikan saya nasihat berkaitan poligami.  *************** Wa’alaykumussalam warahmatullahi wabarakatuh, Mai yang dikasihi Allah, Pertama kali, akak mohon maaf kerana lambat memberi respon pada persoalan Mai....

Berkat Tidak Merungut, Tidak Kedekut, Jaga Kebajikan Orang Tua, Alhamdulillah Rezeki Suami Sentiasa Bertambah & Tak Pernah Putus

Image
Dari Kisah Rumah Tangga Salam warga KRT, saya cuma nak berkongsi sesuatu yang negatif bertukar menjadi positif. Okay, sebelum kahwin, kami bercinta selama 9 tahun. Sekarang dah kahwin 3 tahun.  Masa itu suami kerja biasa dengan gaji RM20/RM30 sehari. Dari awal perkenalan itulah gaji dia. Ada sebuah motosikal, solat pun tunggang langgang (bekas mat rempit). Saya pula bukan seorang yang bersosial. berlawanan dengan dia.  Masa nak kahwin, niat saya memang nak membimbing dia. Jadi selalu bangun malam, doakan dia berubah seandainya dia jodoh saya. Kami sama-sama pasang niat nak berkahwin untuk mendapatkan redha Allah.  Saya seorang yang bekerjaya dan gaji RM6,000+, suami pada masa itu RM1,5000 sebulan. Tetapi suami minta saya duduk di rumah, tak dibenarkan bekerja kerana saya mengalami alahan mengandung sampai 9 bulan.  Saya ada simpanan tetapi suami tidak pernah usik. Kami hidup ala kadar tetapi setiap hari saya tidak lupa solat dhuha, baca su...

Melukai Hati Isteri Boleh Membuatkan Pintu Rezeki Sempit, Benarkah??

Image
Suami yang merupakan imam memiliki kedudukan penting keluarga. Mereka bertugas menjadi pemimpin dan memastikan keperluan keluarga tercukupi. Dengan kedudukan yang penting ini, tidak pelik suami yang tidak menghargai posisi isteri. Nak pula jika isteri tidak bekerja dan hanya menjadi ibu rumah tangga saja. Maka dengan dominasi kewangan ini, suami kerap kali melakukan tindakan sesuka hati yang dapat melukai hati isteri. Padahal menyakiti isteri merupakan tindakan yang dapat menutup rezeki.  Membahagiakannya menjadi salah satu jalan pembuka pintu rezeki yang paling lebar untuk keluarga. Lantas bagaimana boleh melukai hati isteri boleh buat rezeki sukar?  1. Emosi Isteri yang Buruk Akan Menular Jika tidak mampu mengungkapkan kepada suami tentang sakit hati yang dirasakannya, biasanya isteri akan memendam perasaan kecewa tersebut. Dalam kadar yang besar, perasaan sakit hati dan kecewa ini akan memburukkan emosi mereka. Perasaan negatif ini lama-lama akan semakin ...

Untuk Para Suami Baca Ini!! Ciumlah Kening Isteri Ketika Hendak Pergi Kerja, Anda Akan Terkejut dengan Kesannya !!

Image
Sebelum berangkat bekerja dipagi hari, biasakanlah cium anak dan istrei Anda. Dengan begitu ada kebahagiaan yang mereka dapatkan dari ayah tercinta. Cium kening mereka satu persatu dan ciumlah pipi kanan dan kiri mereka dengan penuh kelembutan hati. Berkasih satang dengan cara berciuman adalah salah satu bentuk kasih sayang seorang ayah kepada anaknya dan seorang suami kepada isterinya. Kening perempuan adalah sumber ketenangan & semangat untuk suami, kerana kening adalah saksi dari ketaatan pada Tuhan. Keninglah, perantaraan tunduk makhluk kepada Penciptanya. Keninglah bagian tubuh pertama yang mengaku, bahwa Tuhan adalah Maha Tinggi, sementara diri adalah rendah Keninglah yg bersujud. Kening berada paling bawah, sebagai simbol bahawa tiada yg lebih tinggi daripada Tuhan. Padahal kening adalah bahagian tubuh kita yang paling tinggi. Maka pada kening perempuanlah Tuhan hembuskan sumber ketenangan. Maka tak hairan jika suami boleh merasakan keten...

Kenapa Wajah Suami Isteri, Makin Lama Berkahwin, Makin Serupa Wajah Mereka. Ini 4 Jawapannya .

Image
Mengapa Wajah Suami Isteri Makin Lama Makin Mirip Ini 4 Alasannya Sahabat Ummi, pernah memperhatikan wajah suami isteri yang sudah menikah bertahun-tahun? Ada ciri-ciri wajah yang makin lama kelihatan mirip, meskipun kulitnya yang satu gelap yang satu cerah, bentuk mukanya yang satu lonjong yang satu bulat... tapi kenapa air mukanya mirip ya? Setidaknya inilah 4 alasannya: 1. Banyak menghabiskan waktu bersama Dikongsikan dari newheathadvisor(dot)com, menurut sejumlah penelitian psikologi, semakin sering pasangan menghabiskan waktu bersama-sama, semakin mirip mereka satu sama lain. Hal ini kerana kebiasaan mereka saling menyatu dan mempengaruhi satu sama lain. Pada 2006, dalam sebuah studi Ilmuwan di Universiti Liverpool meminta sukarelawan untuk memandangi potret lelaki dan perempuan lalu menilai keperibadian orang di foto tersebut. Para peserta tidak tahu sosok mana pasangan hidup di foto-foto itu, tapi pasangan yang paling lama hidup bersama paling banyak d...

"Ternyata Suamiku Tak Pernah Mencintaiku" - Kisah Teladan Yang Menyayat Hati Buat Iktibar Kepada Pasangan Suami Isteri

Image
Menjadi pasangan suami isteri sebenarnya merupakan satu tanggungjawab yang besar sama ada bagi pihak lelaki ataupun perempuan. Sering kali kita terbaca di media sosial tentang permasalahan rumah tangga.  Pelbagai masalah rumah tangga pernah kita dengar dari benda yang paling remeh sehinggalah kes-kes yang besar seperti curang dan berzina dengan orang lain.  Kewujudan media sosial ada baik dan buruknya jika pasangan suami isteri tidak mengambil tahu batas-batas pergaulan dengan rakan-rakan berlainan jantina.  Sebuah video yang sudah tersebar sejak sebulan lalu yang bertajuk "Suamiku Tak Pernah Mencintaiku" menjadi bualan netizen terutamanya kaum wanita. Video yang dihasilkan oleh Tranmedia dari negara jiran Indonesia.  Video tersebut mengisahkan sebuah kisah rumah tangga berjaya menyentuh hati mereka yang menonton video tersebut terutamanya golongan wanita. Kisah rumah tangga tersebut diceritakan kembalii oleh Oki Setiana Dewi yang membin...

Perhatian Para Isteri, Inilah 7C Sebab Suami Benci Isteri Dari Dr Fadzilah Kamsah

Image
Dalam hubungan suami isteri di alam rumahtangga, tidak dinafikan adanya kelemahan pada setiap pasangan, namun yang paling penting adalah menyedari apa yang pasangan kita tidak suka lalu berusaha memperbaiki diri. Tips 7 'C' sebab suami benci isteri dari Dr Fadzilah Kamsah ini adalah perkongsian yang sangat baik kali ini sebagai renungan agar keharmonian rumahtangga dapat dijaga dan sebagai renungan bersama.  Tips ini adalah kebiasaan sikap seorang isteri yang amat buruk pada pandangan seorang suami dan tidak sewajarnya keluar dari mulut isteri. Harus diingat, suami sangat pantang dicabar. Cubalah dan kesan buruk pasti berlaku. Semoga memberi manfaat dan dapat diambil pengajaran untuk kita semua. 1. Cabar Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita dan wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.  Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, "Ka...

Dapat Suami Jenis Tak Sensitif Dengan Emosi Isteri? Sila Buat 3 Cara Ini Dulu & Tengok Hasilnya!

Image
Pernahkah anda berasa begitu kecewa dengan sikap suami yang mula tak berminat pada anda? Semakin tua semakin keras dan kaku cara pergaulan yang anda lakonkan bersama suami, mengapa begitu? nak tahu lebih jauh, ikuti pandangan dari Dato' Dr. Haji Juanda Haji Jaya & Datin Shanti Achmad Ramly ini... Bukankah panjangnya usia menentukan tahap kebijaksanaan kita dalam bercinta? Bijaksana apanya kalau hari jadi isteri tak pernah ingat tapi sanggup awal pagi buka mata terus bagi kata-kata mesra selamat hari jadi dan tahniah pada kawan wanita. Walaupun hanya kawan tapi jika sudah terlebih perhatian dan layanan, ia menzalimi perasaan pasangan. Ramai isteri patah hati melihat suami sanggup bersama kawan rapat bergurau mesra daripada temankan isteri yang sakit. Apakah punca suami sekarang tidak sensitif dengan perasaan isteri, apakah kerana isteri terlalu pemaaf dan mendiamkan sahaja perangai suami sebegitu? Eloklah jika isteri mengambil langkah-langkah pencegahan agar tidak...

Isteri Kedua Bukan PERAMPAS Tapi Takdir! Setuju Atau Tidak, Baca Fakta Ini

Image
Soal jodoh dan pertemuan itu adalah rahsia Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa. Semua orang mengimpikan untuk bertemu jodoh dengan pasangan yang mencintainya sepenuh hati dan dapat menjaganya seumur hidup. Sebagai wanita, pasti mendambakan lelaki yang masih bujang sebagai pasangan. Tidak ada yang memasang angan untuk menjadikan suami orang sebagai calon suami bukan? Walau bagaimana pun, takdir menentukan segalanya. Kita tak mampu melawan takdir yang telah tersurat. Bergelar isteri kedua, ketiga mahu pun keempat, pelbagai cabaran yang perlu ditempuh pada masa hadapan. Isteri kedua, selalunya lebih muda dan cantik berbanding isteri tua. Sebab itu orang beranggapan pernikahan itu disebabkan wanita itu ingin mengejar harta bukan kerana cinta. Poligami tidak dilarang dalam Islam namun perempuan cukup sensitif tentang perkara ini. Masyarakat di negara ini juga memandang serong pada wanita yang sanggup berpoligami. Sanggup berkongsi kasih deng...