13 Taman Tema Air di Malaysia Wajib Dikunjungi Semasa Cuti Musim Panas

Taman Tema Air di Malaysia Wajib Dikunjungi Semasa Cuti Musim Panas

Malaysia mempunyai beberapa taman teman menarik yang menjadi tarikan pelancong sama ada dari dalam negara dan luar negara. Memandangkan cuaca di Malaysia yang panas sepanjang tahun, taman tema air merupakan pilihan percutian untuk seisi keluarga.

Musim panas tahun ini dijangkakan akan berpanjangan sehingga ke bulan Ogos. Jadi kami ingin berkongsi senarai taman teman air di Malaysia untuk anda merancang percutian anda di musim panas ini. 

1. Sunway Lagoon

Taman Tema Air Malaysia Sunway Lagoon

Sunway Lagoon yang terletak di Bandar Sunway, Selangor ini merupakan salah satu taman tema yang sangat popular di Malaysia ini.Di Sunway lagoon ini terdapat pelbagai jenis permainan yang sangat menarik. Permainan yang disediakan termasuk didalam air atau didarat. 

Antara tarikan permainan yang ada di Sunway Lagoon ini ialah surfing pool, man-made beach, Amusement Park, water rides, Extreme Park, Wildlife Park, Scream Park dan banyak lagi.Antara permainan lain yang paling mendebarkan dan mencabar di sini ialah Bungee Jumping dan G-Force X.

Telefon : 03-56390000
Website : http://www.sunwaylagoon.com/
Email :  ask_lagoon@sunway.com.my

2. Wet World Water Park 

Taman Tema Air - Wet World Shah Alam

Wet World adalah rantaian taman tema air terbesar di Malaysia. Terdapat di Shah Alam (Selangor), Pedas (Negeri Sembilan) dan Batu Pahat (Johor).  Di sini anda boleh berhibur sekeluaga dengan bayaran yang lebih rendah.

Wet World Shah Alam merupakan antara taman tema air yang paling awal di Selangor. Wet World yang terletak di Seksyen 2, Shah Alam ini menempatkan pelbagai permainan air yang telah dinaiktaraf kan kerana untuk bersaing dan untuk menjadi tarikan taman tema air yang lain di Selangor. 

Antara yang permainan air menarik disini untuk golongan muda ialah Thunder River, Monsoon Buster Adventure, Super Hurricane dan juga Caribbean Rider.Di samping itu juga, Wet World  juga mempunyai kawasan yang sesuai dan selamat untuk kanak-kanak. 

Dengan tarikan yang menarik , Wet World Shah Alam sering menjadi destinasi pilihan golongan yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang masih bersekolah rendah. Beroperasi setiap hari dari jam 10 am sehingga 6 petang kecuali hari Rabu (kecuali cuti sekolah/umum).

Telefon : 03-55132020
Website : https://www.facebook.com/WetWorldShahAlam

3. Taman Tema i-City
Taman Tema Air - i-City Shah Alam

Satu lagi taman tema air yang terdapat di Shah Alam ialah Taman Tema i-City. Taman tema air ini menyediakan pelbagai permainan dan antara tarikannya ialah gelongsor Tornado Ride yang dibina dengan ketinggian tujuh tingkat bangunan.Antara permainan lain yang disediakan di taman tema air itu ialah Wave Pool, River Adventure, Giant Jacuzzi dan iChildren’s Adventure dan pelbagai lagi yang pasti memberi kepuasan kepada anda yang sukakan cabaran.

I-City merupakan salah satu taman tema yang menjadi tarikan pengunjung kerana mempunyai tarikan istimewa iaitu mempunyai ratusan pokok dan hiasan lain yang dihiaskan dengan lampu yang berwarna-warni pada waktu malam. Waterpark di I-City ini dibuka setiap hari kecuali hari selasa pada pukul 11:00 am - 7:00 pm.

Telefon : 03- 55218800
Website : https://iticket.i-city.my/icity/promotion/list.do
Email : travel@i-city.my

4. Asian Water Sport Village Puchong
Asian Water Sport Village Puchong

Asian Water Sport Village yang terletak di Puchong, Selangor ini merupakan salah satu taman tema air yang lain daripada lain kerana semua aktiviti di sini melibatkan sukan air. Kebanyakan sukan air disini sangat mencabar dan hanya sesuai untuk mereka yang berani sahaja.

Apa yang uniknya, tarikan utama disini kebanyakannya akan membuat anda duduk di pelampung dan anda akan ditarik dengan menggunakan bot.Setiap cabaran adalah berbeza mengikut jenis sukan air yang anda pilih. 

Antara sukan air yang ada adalah GX4, Graphic Deck, EvoPro 3, Banana Boat, Aqua Fly,Fly Fish, Fifty Four dan Turbo Blast. Di sini juga ada disediakan sukan yang kurang mencabar seperti berkayak, bermain pasir dan bermain layang-layang yang lebih sesuai untuk kanak-kanak. Hanya di sini sahaja taman tema yang diketengahkan sukan air.

Telefon : 016–2291030 ,016–2621030, 016–2271030
Website : http://www.asianwatersportsvillage.com/
Email  : info@asianwatersportsvillage.com

5. Morib Gold Coast Resort

Taman Tema Air - Pantai Morib Gold Coast

Sebut sahaja Morib Gold Coast pasti ramai yang tahu.Satu lagi destinasi taman tema air di Banting, Selangor yang sangat sesuai untuk mereka yang inginkan percutian di tepi pantai. 

Taman tema air ini terletak di dalam Resort Morib Gold Coast yang mempunyai gelongsor air, kolam dan permainan yang menarik untuk pengunjung yang berkeluarga. Selain bermain air di water park, anda boleh bersiar-siar di tepi Pantai Morib dan yang paling best di sini ialah melihat matahari terbenam di seberang laut Selat Melaka. 

Disini juga anda boleh menempah resort untuk anda menginap.Taman tema ini akan dibuka dari pukul 8 pagi hingga 7 malam. Harga untuk masuk ditaman tema ini ialah Dewasa RM 25 nett ( 12 tahun & keatas ) , Kanak-kanak RM 15 ( 2-11 tahun)

Telefon : 03-31981028
Website : http://www.moribgoldcoast.com/

6. Desa Waterpark, Taman Desa, Kuala Lumpur

Desa Waterpark, Taman Desa, Kuala Lumpur

Satu-satunya taman tema air di Kuala Lumpur, tarikan utama di sini adalah  gelongsor air terpanjang di Asia, Thunderbolt . Untuk makluman Thunderbolt tidak beroperasi pada hari kerja isnin hingga jumaat.

Ia dibina di kawasan seluas 12.6 ekar dan dikelilingi oleh tasik seluas 50 ekar. Pelbagai aktiviti menarik terdapat disini seperti gelongsor air yang mengujakan, gelongsor tiup dan pelbagai permainan menarik yang lain. 

Waktu operasi operasi water park
Isnin - Jumaat :
10.30 pagi - 6.00 petang

Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum :
10.00 pagi - 6.00 petang

Boleh tengok info lengkap di website Taman Desa Water Park

7. The Carnivall Water Park Sungai Petani, Kedah

The Carnivall Water Park Sungai Petani, Kedah

The Carnivall Sungai Petani ialah salah satu tempat menarik yang ada di Kedah. Lokasinya tidak jauh dari pusar bandar Sungai Petani. Carnivall merupakan sebahagian daripada Cinta Sayang Resort

Info lanjut boleh lihat di website: The Carnivall

8. A Famosa Water Theme Park

A Famosa Water Theme Park

Jika anda merancang percutian ke Melaka, mungkin anda juga boleh masukkan taman tema ini sebagai salah satu lokasi dalam senarai tempat pelancongan. Selain dari boleh mandi manda, taman tema ini juga menawarkan Safari Wonderland bagi memberi peluang kepada anak anda melihat haiwan-haiwan yang terdapat di sini.

Beroperasi setiap hari bermula pukul 9 pagi sehingga ke 5 petang.

Sila rujuk laman web untuk maklumat lanjut A Famosa Water Theme Park 

9. Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Bukit Merah Laketown Resort adalah di sebuah kompleks eko -pelancongan yang mempunyai taman air , taman eko dan kemudahan pemulihan orang utan . Resort ini menyediakan tempat letak kenderaan percuma dan Wi -Fi di tempat awam.

Bilik-bilik berhawa dingin di Bukit Merah Lake Resort dilengkapi dengan TV satelit, peti sejuk dan pembuat teh / kopi. Kemudahan pancuran mandian di bilik mandi peribadi .

Berinteraksi dengan haiwan di Ecopark atau menikmati hari yang menyeronokkan di Taman Air Laketown , yang menampilkan kolam ombak dan gelongsor air. Pilihan rekreasi yang lain termasuk terlibat dalam urutan di spa, atau bersenam di gimnasium .

Info lanjut, sila ke web Bukit Merah Laketown Resort

10. Lost World of Tambun, Perak

Lost World of Tambun, Perak

Terletak di Perak, selain dari taman tema air, Lost World of Tambun juga mempunyai zoo yang mempamerkan 400 jenis haiwan. Selain berhibur, anda boleh mendekatkan dan mendidik anak-anak anda supaya menyanyangi haiwan. 

Aktiviti menarik di taman air seperti Jungle Wave Pool, Adventure River, Sandy Bay, Cliff Racer, Tube Raiders dan Kids Explorabay.

Di sana juga terdapat kolam air panas dan spa pada waktu malam. Maklumat lanjut boleh layari website Lost World of Tambun

11. Gambang Water Park, Pahang

Gambang Water Park, Pahang

Taman tema air yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Taman air Bukit Gambang ini terletak di Bukit Gambang Kuantan Pahang. Taman tema ini sangat sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak kerana pelbagai permainan yang lebih mesra untuk anak-anak anda.

Waktu operasi operasi water park

Isnin, Rabu & Khamis :
10.30 pagi - 6.30 petang

Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum :
9.30 pagi - 6.30 petang

Tutup pada setiap hari Selasa kecuali pada cuti sekolah & umum. Boleh tengok info lengkap di website Gambang Water Park

12. Legoland Malaysia Resort, Johor

Legoland Malaysia Resort, Johor

Legoland Malaysia adalah taman tema antarabangsa pertama dibuka di Asia. Terletak di Nusajaya , Johor. Jika datang bercuti di Johor anda boleh mempertimbangkan untuk menginap di Hotel Legoland yang menarik dan unik.

Baru sahaja beroperasi pada 2012 taman tema air Legoland ini merupakan taman tema air yang terbesar di dunia mengalahkan taman air Legoland di California dan Florida, USA.

Waktu operasi setiap hari 10 pagi hingga 6 petang. Boleh rujuk website Legoland Malaysia Resort 

13. Taman Tema Air Tasik Kenyir, Terengganu

Taman Tema Air Tasik Kenyir, Terengganu

Taman Tema Air Tasik Kenyir di Pulau Poh, di sini, yang mula dibuka 31 Mei 2015, merupakan satu lagi tarikan terbaharu kepada pengunjung ke tasik berkenaan sekali gus menjadi antara pemangkin industri pelancongan di Terengganu.

Pada masa ini, Waterpark Kenyir berada pada fasa pertama dengan hanya beberapa aktiviti air diperkenalkan kepada orang ramai. Antara permainan yang disediakan pada masa ini ialah:

Giant Slaid
slaid
Playstation (ke atas tanah ) - Paddle Pool & Splash Pool
Paddle Boat
Playstation ( di tasik ) - Ninja Warrior

Waktu Operasi:
Harian: 10:00-17:30
Pada hari Jumaat : Ditutup antara 12:30-02:30

* Tutup pada setiap hari Selasa kecuali semasa sekolah Malaysia dan cuti umum.

Maklumat lanjut Boleh lawati website Waterpark Kenyir



Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda