Hati-Hati Sila Semak Nama 12 Syarikat Terlibat Kes Penipuan Umrah Lesen Telah Dibatalkan

Betapa sedih hati seorang anak, segala simpanan yang digunakan untuk menghantar kedua ibu bapanya ke Umrah lebur ditipu oleh Syarikat yang kononnya diberikan lesen untuk menguruskan umrah. Lebih menyakitkan hati ialah mereka anak beranak sudah pun berada di KLIA menunggu untuk penerbangan mengikut jadual yang diberikan oleh syarikat berkenaan.

Bukan mereka sahaja yang ditipu ramai lagi mangsa yang kecewa kerana segala persediaan telah dilakukan sebaik mungkin. Banyak kes penipuan sebegini telah dilaporkan kepada pihak berwajib dan kes ini perlu diberikan perhatian kerana ianya melibatkan kehilangan wang yang banyak kepada mangsa. 


Sebanyak 12 syarikat pengendali umrah telah di batalkan lesen pengembaraan luar negeri (outbound) oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) kerana terbabit dalam kes penipuan umrah.

Tindakan keras itu bagi mengekang kes penipuan umrah yang semakin berleluasa. Statistik terkini MOTAC dari 2012 hingga 2016 menunjukkan 54 kes penipuan pakej umrah di rekodkan dengan jumlah denda dan kompaun melebihi RM237,000.

Semakan 12 Syarikat Di batal Lesen Kerana Kes Penipuan Umrah


Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihak kementerian memandang serius kes penipuan umrah yang masih berleluasa.

Katanya, statistik Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) pula menunjukkan 2,161 kes tuntutan pakej umrah dengan nilai kerugian mencecah RM12.7 juta bagi 2012 hingga 2015.

“MOTAC memandang serius isu ini dan kita akan batalkan lesen pihak terbabit,” katanya pada sesi engagement Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dengan pengendali umrah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini sebentar tadi.

Semakan 12 Syarikat Di batal Lesen Kerana Kes Penipuan Umrah

Sesi berkenaan yang menyaksikan hampir 500 wakil syarikat pengendali umrah hadir bagi memberikan maklum balas tentang isu penipuan umrah dan badal haji itu, di kelolakan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU).

Sesi dialog tertutup itu tertumpu kepada pelaksanaan sub-lesen khas umrah yang akan di kuatkuasakan pada tahun depan. Isu penawaran khidmat upah haji serendah RM1,500 turut di sentuh wakil agensi pengendali umrah yang hadir.

Berikut disertakan di antara senarai 12 syarikat yang terlibat seperti yang di paparkan di laman rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia:

Semakan 12 Syarikat Di batal Lesen Kerana Kes Penipuan Umrah

Berhati-hati terhadap syarikat pengendali pelancongan yang tidak berlesen. Belilah pakej umrah dan ziarah daripada agensi pelancongan yang berlesen dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bagi mengelakkan risiko penipuan.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!