Hina sangatkah orang muda kahwin dengan orang tua? - Nur Nasirah Nazri Kecam Netizen

Hina sangatkah orang muda kahwin dengan orang tua? - Nur Nasirah Nazri


Beberapa tahun ini kita digemparkan dengan pelbagai berita viral melibatkan perkahwinan seawal umur remaja. 

Namun, baru-baru ini kita di viral kan dengan perkahwinan paling bahagia di mata kami, iaitu pernikahan Nur Nasirah Nazri berusia 18 tahun dengan suami beliau Ismail Lambak berusia 62 tahun

Hina sangatkah orang muda kahwin dengan orang tua? - Nur Nasirah Nazri

Disebabkan perbezaan umur 44 tahun, kisah perkahwinan mereka mendapat tumpuan daripada netizen. Ada yang memberikan komen positif dan ada pula yang memberikan komen sebaliknya.

Gambar-gambar berkenaan tersebar luas di media sosial dah dikongsikan oleh netizen dengan pelbagai komen yang kebanyakannya menjadikan sebuah perkahwinan ini sebagai lawak jenaka.

Ada yang mengatakan bagai anak dan ayah, ada mengatakan tidak patut berkahwin di mana sesuai untuknya dan tidak kurang melahirkan rasa cemburu dengan pasangan berkenaan.Komen paling menyakitkan hati dan berbaur fitnah dengan menyatakan bahawa Nur Nasirah dipaksa berkahwin dengan lelaki tua.

Hati mana tidak terasa, sudah pasti pengantin yang juga merupakan manusia biasa ini berkecil hati melihat gambar-gambar berkenaan menjadi bahan lawak orang ramai di media sosial. Bagi pihak pengantin lelaki, mungkin dia sudah bersedia untuk dicemuh apabila bernikah dengan gadis yang boleh dipanggil cucu.


Menyedari gambarnya itu disebarkan, pengantin perempuan, Nur Nasirah Nazri telah tampil meninggalkan komennya di sebuah page Facebook yang turut menyiarkan gambar berkenaan.

Hina sangatkah orang muda kahwin dengan orang tua? - Nur Nasirah Nazri

“Hina sangatkah orang muda kahwin dengan orang tua?, perkahwinan saya adalah perkahwinan yang sah, bukannya buncit(hamil) dahulu baru berkahwin,” soal Nasirah kepada netizen.

Menurut beliau lagi, sebelum ini dia hanya mendiamkan diri, gambar-gambar ini turut disebarkan di dalam Instagram, tetapi tidak mahu cepat melatah.

“Tapi ramai yang ‘up’kan pasal saya sehingga hilang rasa sabar, kepada yang mendoakan kebahagiaan saya, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat dan yang mengata pun saya ucapkan terima kasih,” tulis Nasirah lagi.

Disebalik itu, terdapat juga netizen yang membari kata-kata semangat kepada pasangan ini.

“Jangan rasa macam tu adik, saya gembira, Wallahi,,Rasulullah pun berkahwin dengan anak kawan baik sendiri yang jauh lebih muda iaitu Saidatina Aisyah, saya yakin ramai yang mendoakan adik dan pasangan, gambar ini jadi viral sebab ‘rare’ jer, Dalam Jannah, takde beza umur dah, semua sebaya,” kata Faten Nasyrah Zulkifli.

“Abaikan saje, biasalah manusia, bila pemikiran tidak berfungsi dengan baik, macam inilah jadinyer, perkara baik diremeh-remehkan, bagus adik akwin awal, akak doakan awak bahagai, by the way, suami yang dah berumur ini lagi romantik dari yang muda, tak percaya? tengok je lah nanti,” kata Aliah Amanee. 

Bagi pihak Sempoi Media, kami mendoakan yang terbaik buat pasangan ini. Menghalalkan perhubungan itu lebih baik dari dah buncit baru nak kahwin betul tak?

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda