Kajol Dilwale Dedahkan Rahsia Turun 18kg Selepas Bersalin

Kajol Dilwale Dedahkan Rahsia Turun 18kg Selepas Bersalin | Bintang Bollywood ini nyata memiliki aura dan pesona tersendiri sehingga mampu mencuri perhatian ramai dengan penampilannya yang semakin menawan walaupun semakin di mamah usia sebenarnya.
Kemunculan terbaru Kajol menerusi filem Diwale bersama gandingan serasinya sejak dua dekad lalu Shah Rukh Khan berjaya mencetuskan fenomena terkini apabila filem judul arahan Rohit Shetty terbabit meledak di pawagam di seluruh dunia.
Kajol Dedah Rahsia Kekal Menawan Selama Dua Dekad 1
Bukan sahaja penonton sekadar terhibur dengan gandingan hebat kedua-duanya di samping plot cerita filem tersebut, malah penonton juga terkesima menyaksikan rupa paras mereka yang bagaikan tidak di mamah usia. Kajol sendiri tampak lebih kurus berbanding kemunculannya di layar perak sebelum ini dan Shah Rukh Khan juga lebih berotot kini.
Selain susuk tubuh kulit isteri kepada pelakon Ajay Devgan itu juga menjadi bualan hangat kerana kelihatan cerah dan berseri-seri. Di fahamkan ibu kepada dua cahaya mata itu begitu berdisiplin melakukan senaman dan mengikuti diet sihat bagi mendapatkan bentuk tubuh yang mempesonakan. Beliau turut berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram selepas melahirkan anak kedua.
Kajol Dedah Rahsia Kekal Menawan Selama Dua Dekad 2
Menurut Stylecraze.com, aktres yang mula meledak dengan filem Yeh Dillagi (1994) ini menggunakan khidmat jurulatih Shereveer Vakil, yang juga bertanggungjawab melatih suaminya bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik.
Beliau mengamalkan senaman setiap hari di gimnasium rumahnya bagi memperbaiki stamina meningkatkan metabolisme dan mengekalkan berat ideal dengan bentuk tubuhnya.
Selain mengamalkan senaman secara disiplin, Kajol juga menitik beratkan pola pemakanan dan tidak menyentuh makanan segera atau kudapan yang tidak menyihatkan. Beliau percaya, pengambilan makanan berkhasiat dapat membekalkan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan.
Kajol Dedah Rahsia Kekal Menawan Selama Dua Dekad 3
Bintang Kabhi Khushi Kabhie Gham itu mengutamakan ikan, telur, kekacang, ayam dan susu dalam diet sehariannya. Selain itu, Kajol sentiasa memastikan badannya mendapat air yang cukup dan mengambil buah-buahan, sayuran dan minuman berkhasiat bagi mengelakkan rasa lapar.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda