Jangan Pelik Zaman Anak-Anak Kita Nanti Masjid Menjadi Semakin Kosong

Jangan Pelik Zaman Anak-Anak Kita Nanti Masjid Menjadi Semakin Kosong

Kisah ini telah dikongsi menerusi salah sebuah laman sosial Facebook Adlil Rajiah menceritakan pengalaman beliau yang singgah di sebuah masjid bagi menunaikan solat Asar. 

Pada ketika itu dilihat seorang budak kanak-kanak kecil yang sedang bermain di dalam masjid, nyata tindakan kanak-kanak itu undang kemarahan seorang mak cik yang juga berada di situ pada ketika itu.

Tindakan mak cik terbabit kepada kanak-kanak itu nyata mengejutkan! 

Jangan Pelik Zaman Anak-Anak Kita Nanti Masjid Menjadi Semakin Kosong

Ikuti kisah selanjutnya:-

Tadi singgah solat Asar kat Masjid Lumut, di sebelah saya ada seorang kakak yang ada anak lelaki berusia dalam lingkungan 2-3 tahun. Budak itu baring-baring sambil munbling lagi Boboiboy di sebelah ibunya yang sedang solat. Saya tersenyum melihat perangai budak itu yang sungguh comel. Sesekali dia pun tersenyum pada saya.

Tetapi, tiba-tiba, semasa saya sedang melipat telekung sambil melayan dan membalas senyuman budak itu, ada seseorang mencuit saya dari belakang dengan kuat. Bila saya toleh ke belakang, ada seorang makcik yang sedang memandang saya dengan mukanya merah padam.

"Kenapa kau pergi senyum-senyum dekat budak itu?! Dia bising, baring-baring depan orang sembahyang, kenapa kau tak marah?! Bodoh betul!" katanya secara tiba-tiba.

Saya benar-benar tergamam dan tidak dapat menghadam langsung apa yang dia marahkan sangat. Budak itu cuma mumble lagu Boboiboy saja, bukannya menjerit.

Belum sempat saya menjawab apa-apa, makcik itu terus memarahi dan memukul kaki budak itu dengan muka paling syaitonirrojim sekali.

Apa yang paling saya tidak tahan ialah:

1. Dia pukul budak itu di hadapan ibunya yang sedang bersolat. Kalau saya jadi ibu kepada budak itu, sudah lama saya libaskan saja sejadah ke mukanya.

2. Suara makcik itu memarahinya lebih kuat dari suara budak kecil yang mumbling lagu Boboiboy tadi. Jadi secara logiknya, siapa sebenarnya yang menganggu jemaah bersolat? Aduh!

3. Saya pasti budak itu sedikit trauma dan ketakutan sebab selesai ibu dia bersolat, dia terus memeluk ibunya dengan kuat sambil menyorokkan muka.

Macam ini ke nilai yang rasullullah ajar kita? Kalau ya, jangan hairanlah di masa zaman anak-anak kita nanti masjid menjadi semakin kosong.

Jangan Pelik Zaman Anak-Anak Kita Nanti Masjid Menjadi Semakin Kosong

Dan kepada makcik tadi, saya doakan Allah campakkan kasih sayang yang melimpah ruah ke dalam hati makcik. Rugi makcik kalau hidup dalam kebencian semata-mata. Kadang-kadang kita sendiri yang merumitkan dan menghodohkan imej Islam di mata anak-anak. Tak payah salahkan Yahudi atau Cina pun, tengok diri sendiri dulu. Saya benar-benar kecewa dengan makcik. Assalamualaikum makcik, semoga sejahtera.

0 comment... add one now