PENDEDAHAN !! Wanita Ini Sanggup Jual Susu Ibu Kerana Mampu Raih Pendapatan 4 Angka Sebulan

Wanita Ini Sanggup Jual Susu Ibu Kerana Mampu Raih Pendapatan 4 Angka Sebulan

Tidak perlu bekerja keras dan berkebolehan menghasilkan susu badan yang banyak membuatkan Ros (bukan nama sebenar), ibu beranak empat mengaut ribuan ringgit sebulan dengan menjualnya kepada pihak memerlukan.

Bagi Ros, dia mengakui dan sedar perkara tersebut merosakkan hubungan kekeluargaan dalam Islam namun melakukannya kerana kesempitan wang selain turut berpuas hati dengan pulangan daripada usahanya itu.

“Saya mampu memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan menerusi penjualan susu badan kepada pelanggan yang tidak putus-putus meminta bekalan berkenaan setiap hari”

“Saya puas hati dengan pulangan yang diperoleh kerana saya tidak perlu bekerja keras di pejabat sebelum ini. Saya dapat jaga anak di rumah sambil pam susu badan untuk dihantar kepada pelanggan pada waktu petang”

“Sekarang saya ada lebih lapan anak susuan sejak tiga tahun lalu, itu tidak termasuk pelanggan yang membeli sekali-sekala kerana ada ibu yang tidak sihat dan gagal menyusukan anak mereka,” katanya.

Wanita itu berkata susu badan dijual dengan harga RM30 hingga RM50 bagi setiap 145ml, bergantung sama ada disediakan dalam botol atau plastik selain menyatakan susu badan yang banyak mampu dihasilkan melalui pemakanan tradisional selain mengamalkan urutan badan.

“Penjualan setiap bulan pasti mencecah 200 botol berikutan ada ibu yang gemar membeli secara pukal untuk bekalan seminggu,” dia dilaporkan berkata.

PENDEDAHAN !! Wanita Ini Sanggup Jual Susu Ibu Kerana Mampu Raih Pendapatan 4 Angka Sebulan


Halal Namun Tidak Berakhlak

Sementara itu menurut pendakwah bebas, Ahmad Dusuki Abd Rani kepada akhbar tersebut, perbuatan itu halal di sisi agama tetapi tidak berakhlak.

“Mengupah ibu susuan itu lebih baik berbanding jual beli (susu yang dipam) biarpun risiko sama perlu ditanggung iaitu hubungan terlarang antara adik beradik susuan yang tidak disedari pada masa depan,” kata Ahmad Dusuki Abd Rani

“Perkara ini perlu diberi perhatian oleh ibu bapa yang mengupah ibu susuan kerana kita tidak mahu wujud masalah yang lebih serius sehingga merosakkan keturunan.”

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ros berkata pelanggan cenderung tidak berhubung kembali dengannya selepas anak mereka sudah tidak lagi mendapatkan susu badannya.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda