7 Tip Mudah Menjaga Peti Ais Dari Cepat Rosak



7 Tip Mudah Menjaga Peti Ais Dari Cepat Rosak


Peti sejuk merupakan satu keperluan yang harus ada dalam rumah. Tak kisah kecil atau besar, yang penting wajib ada. kalau tak, macam mana nak simpan lebihan makanan kan?  Hari ni kami ada tips penjagaan peti ais yang mudah agar ia berfungsi dengan lebih baik dan tahan lama.



1. Jangan buka peti ais lama-lama. Nak tahu kenapa? Udara sejuk dari peti ais akan keluar dan menyebabkan suhu tinggi dalam peti ais. Jangan tanya kenapa kalau bil elektrik melambung ya.

2. Bungkus makanan dengan kemas untuk mengelakkan peti ais korang berbau.

3. Jangan letak minuman atau makanan yang panas dalam peti ais.

4. Jangan letak muatan secara berlebihan . Ini akan menghalang udara sejuk untuk beredar di seluruh ruang peti sejuk.

5. Perhatian, kalau timbunan ais berlaku pada bahagian sejuk beku, jangan cungkil atau buang ais tersebut sebab kemungkinan bocor itu boleh berlaku

6. Jangan terlalu rapatkan bahagian kiri kanan peti ais pada dinding untuk melepaskan haba. Jangan sesekali letak peti ais anda terlalu dekat dengan haba api atau panas matahari okay.

7. Pastikan soket peti ais tidak berkongsi dengan peralatan lain untuk mengelakkan arus eletrik berlebihan



Oleh Feyra Nasrom Sumber service and repairUjang jb

Comments

Popular posts from this blog

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?