Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Halau Lipas Di Rumah

Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Halau Lipas Di Rumah



Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.

Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.

Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.

Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka. 

Masalah lipas dekat rumah memang susah nak elak. Dah buat bermacam cara sekalipun, pasti akan muncul di sesetengah bahagian di rumah terutama di bahagian dapur, atau ruang tamu kan. Jangan risau, kami ada petua berguna untuk korang halau lipas dengan berkesan. Cuba dan lihat hasilnya okay!

-Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Letak dekat kawasan yang banyak lipas.

-Biji pelaga juga  berkesan. Korang ambil beberapa biji pelage dan letak di kawasan lipas membiak.

-Buah lemon? Ya, lemon juga petua untuk menghalau lipas. Korang potong hirisan lemon dan letak di kawasan lipas selalu muncul.

-Pernah tahu sebenarnya hujung timun atau pangkalnya akan membuatkan lipas mati? Kalau tak percaya, cuba letak di kawasan yang banyak lipas.

-Petua seterusnya, ubi kentang.  Caranya? Korang rebus kentang sampai masak. Kemudian lenyekkan dan campur serbuk penaik , lepastu korang gaul. Jadikan adunan itu berbentuk bulat dan letak di kawasan lipas. Lihat apa hasilnya nanti ya

-Daun pandan harus dihiris terlebih dahulju dan letak dalam uncang , jangan lupa untuk tebuk uncang tersebut okay!. Letak di kawasan pembiakan lipas.

Guna bahan-bahan yang sedia ada jer , memang berkesan, selamat mencuba!

loading...

0 comment... add one now