Tarikh Luput Pada Makanan, Apa Beza ‘Baik Sebelum’ Dengan ‘Guna Sebelum’?

Tarikh Luput Pada Makanan, Apa Beza ‘Baik Sebelum’ Dengan ‘Guna Sebelum’?

Sebelum kita membeli makanan yang ada packaging kita mesti tengok dulu tarikh luput terutama sekali seperti roti, susu dan sebagainya. Tapi perasan tak sebenarnya ada yang tulis ‘baik sebelum’ dan ada yang tulis ‘guna sebelum’?

Sebenarnya apa beza kedua-dua ni eh? Ada beza ke sama je?

Rupa-rupanya memang ada perbezaan pada kedua-dua ni.  Pertama sekali, ‘baik sebelum’ selalunya berkaitan dengan kualiti makanan. Makanan dalam tin, makanan beku dan coklat menggunakan ‘baik sebelum’ dan bukannya ‘guna sebelum’. Jadi ini bermakna ia selamat dimakan selepas tarikh yang tertera. Kalau selagi nampak elok tak ada bau pelik dan semacam guna saja. Tapi kalau dah bau lain, atau mungkin rasa dah lain baik jangan guna ya?

Tarikh Luput Pada Makanan, Apa Beza ‘Baik Sebelum’ Dengan ‘Guna Sebelum’?

‘Guna sebelum’ pula berkaitan dengan keselamatan makanan dan biasanya dilihat pada daging dan produk tenusu. Makanan sebegini memang perlu dibuang pada tarikh itu kerana ia berbahaya untuk dimakan.ementara ‘gunakan sebelum’ berkaitan dengan keselamatan produk.


Sekarang dah tahu!

Sumber: Cosmopolitan.my Oleh: Aimi Nordin

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda