[PENTING] Cara Baru Renew Roadtax Berkuatkuasa 1 September 2016

Seperti yang sediamaklum, Berkuatkuasa mulai 1 September 2016 pihak JPJ akan melaksanakan pembaharuan roadtax tanpa geran secara menyeluruh dimana pemilik kenderaan wajib untuk renew dan perlu membuat pengesahan cap jari sebagai liabiliti yang bertanggungjawab merenew roadtax sesuatu kenderaan bagi tujuan keselamatan serta mengelakkan penggunaan kenderaan klon.



1. Penggunaan Geran lama akan ditukar kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) mulai 1 Jun 2016.
2. Bermula 1 September 2016, Renew Roatax dan Insuran tidak lagi perlu geran kereta di JPJ. Dengan sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ.

3. Hanya perlu hadir ke JPJ dan buat pengesahan cap jari pemilik kenderaan yang sah sahaja.

Bagaimana Jika Geran Kereta Asal Hilang?

Sekiranya tuan/puan memerlukan maklumat kenderaan kerana geran asal telah hilang, tuan/puan di sarankan ke JPJ berdekatan untuk membeli maklumat kenderaan (RM20). Dan panjangkan kepada pihak insuran 1 salinan untuk renew insurans atau claim insurans. 



P/S : Mungkin berlaku kesulitan buat bukan owner kenderaan.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda