Cara Senaman Mudah Kecilkan Lengan Yang Besar Dan Menggeleber

Cara Senaman Mudah Kecilkan Lengan Yang Besar Dan Menggeleber

Kenapa Saiz Lengan Pulak Yang Gemuk?
Sesetengah orang simpan lemak berlebihan pada perut, punggung atau pipi. Itu genetik. Samalah bagi lengan yang berlemak. Kita tidak boleh memaksa badan simpan lemak dimana-mana. Tapi bagaimana untuk kurangkan saiz lengan?

Lengan yang besar dan menggeleber sangat mengganggu bagi sebahagian besar wanita. Hal ini disebabkan kerana terdapat lemak yang banyak di sekitar lengan dan juga faktor bertambahnya usia yang membuat lengan lembek/menggeleber.

Tak semua wanita di Malaysia memiliki sepasang lengan yang kurus dan cantik, lebih-lebih lagi apabila usia dah meningkat, mood dan kerajinan nak bersenam sangatlah menghalang kan.


Nak cantik, kena korbankan masa untuk bersenam. Jangan malas dan taklah sesukar mana pun asalkan ada semangat. Cuba tip dan cara mudah ini untuk merealisaikan impian anda tu.

Lakukan Diet Tepat untuk Mengecilkan Lengan:
-Lengan akan terlihat besar jika lemak banyak pada area tersebut. Untuk itu menurunkan berat badan , maka hindari makanan berlemak dan berkalori tinggi. Tambahkan buah, sayuran, protein dan lemak sihat dalam menu diet Anda.

Lakukan Latihan Rutin Untuk Mengecilkan Lengan dan Mengencangkannya:
-Dengan melakukan latihan rutin dapat mengecilkan lengan dan mengencangkannya. Anda harus sering menggunakan otot-otot lengan atas bagian belakang (tricep) ketika melakukan apa2 aktiviti. Jika Anda jarang melatih otot-otot tersebut, maka lama kelamaan otot lengan menjadi lemah dan mengakibatkan lemak banyak di kawasan tersebut. Berikut ini beberapa latihan untuk mengecilkan lengan:

TIP KECILKAN LENGAN 1: PUSH UP

Cara Melakukannya:
1)Ambil posisi berdiri sekitar 3 langkah di depan dinding.
2)Kemudian hulurkan tangan menghadap ke arah dinding.
3)Sandarkan tubuh ke arah dinding dengan tangan menyentuh dinding seperti gambar diatas.
4)Dorong tubuh Anda kembali ke posisi semua dengan menggunakan tangan Anda sampai posisi        Anda kembali berdiri.
4)Ulangi dua posisi ini.
5)Pastikan ritma gerakan naik dan kembali tetap stabil.
6)Lakukan sebanyak yg anda mahukan, tanpa merasa sakit pada otot atau punggung.

TIP KECILKAN LENGAN 2 : TRICEPS EXTENSION

Cara Melakukannya:
1)Posisi awal pegang satu dumbell di atas kepala.
2)Kemudian tempatkan kedua tangan di bawah plat bahagian dalam.
3)Saat posisi siku di atas kepala, turunkan lengan bawah ke belakang lengan atas dengan menahan siku. Tahan pergelangan tangan di bawah untuk menghindari dumbell menghentam punggung atau leher.
4)Angkat dumbell di atas kepala dengan meluruskan siku.
5)Kembali ke posisi awal dan ulangi gerakan tersebut.

Jangan hanya fokus pada otot lengang saja, namun latih juga otot perut, dan bahagian otot tubuh lainnya. Untuk membuat lengan menjadi langsing memang memakan masa yang lama, jadi lakukan pola makan yang baik dan latihan ini secara rutin.
loading...


Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda