Foto Pra Perkahwinan Saharul Ridzwan Dan Deena Emir


Foto Pra Perkahwinan Saharul Ridzwan Dan Deena Emir

Tahniah buat PELAKON Saharul Ridzwan dan bakal isterinya yang dikenali sebagai Deena Emir bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada hari ini 16 September di Putrajaya.

Sebelum ini Saharul lebih selesa mendiamkan diri mengenai identiti bakal isterinya, namun melalui carian di laman sosial Instagram dan mendapati wanita tersebut merupakan ‘insta famous’ yang memiliki seramai 62 ribu pengikut.

Deena Emir juga merupakan usahawan atas talian yang juga pemilik Wrap Boutique House.


Majlis perkahwinan Saharul Ridzwan atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 27, dan bakal isterinya  Deena Emir atau Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, bakal diadakan di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya.

Menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, kehidupan pelakon drama Saharul Ridzwan dan pasangan pilihan hatinya Deena Emir bakal berubah. Tentu debaran cukup terasa buat mereka berdua untuk bergelar suami sudah dirasai didalam hati pasangan sama cantik sama padan ini.

Seperti pasangan lain, Saharul Ridzwan dan bakal isterinya, Deena Emir turut tidak melepaskan peluang untuk merakam detik –detik indah mereka sebelum mereka berdua melangkah ke alam perkahwinan menerusi  gambar-gambar pra perkahwinan. Saharul dan Deena turut kongsikan gambar-gambar menarik pra perkahwinan mereka untuk tatapan para peminat semua di laman Instgram milik mereka berdua. Rata-rata peminat memuji kejelitaan bakal isteri Saharul Ridzwan ini.

Kedua-duanya bakal memepelai ini mengenakan busana serba merah yang melambangkan kehangatan perasaan cinta serta kasih sayang yang membara. Gambar pra perkahwinan mereka bertemakan ala-ala arab yang dimana telah menyerlahkan lagi kejelitaan dan keayuaan Deena Emir dan gambar-gambar yang diambil cukup sweet dan romantis sekali.

Jadi kami kongsikan beberapa foto Pra Perkahwinan Saharul Ridzwan Dan Deena Emir untuk tatapan anda;
Foto Pra Perkahwinan Saharul Ridzwan Dan Deena Emir

Foto Pra Perkahwinan Saharul Ridzwan Dan Deena Emir

Foto Pra Perkahwinan Saharul Ridzwan Dan Deena Emir

Foto Pra Perkahwinan Saharul Ridzwan Dan Deena Emir

Foto Pra Perkahwinan Saharul Ridzwan Dan Deena Emir

Foto Pra Perkahwinan Saharul Ridzwan Dan Deena Emir

loading...

0 comment... add one now