Ini Cara Nak Bezakan Ais Dibuat Guna Air Paip Atau Air Masak Yang Kita Minum Setiap Hari


Ini Cara Nak Bezakan Ais Dibuat Guna Air Paip Atau Air Masak Yang Kita Minum Setiap Hari

Biasanya kalau pergi kenduri atau sebarang majlis memang kita dihidangkan dengan air sejuk yang pastinya menggunakan ais. Ada sesetengah kawan saya biasanya akan kerap kena selesema atau demam kalau minum sirap di majlis kenduri. Biasanya ianya berpunca dari jenis ais yang digunakan sama ada dibuat menggunakan air paip atau air masak.

Pernahkah kita terfikir apakah ais yang kita minum itu betul-betul bersih, adakah ia sudah dimasak? Meskipun tiada 100% jaminan ais menggunakan air dimasak ini lebih baik dari tidak dimasak. Namun untuk dibuat minuman memang seharusnya menggunakan air paip yang dimasak. Ini cara-caranya nak tahu adakah ais itu dibuat daripada air mentah atau air yang sudah dimasak : 


Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar.


Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.


Kebiasaannya ais yang dibuat menggunakan air paip ialah untuk kegunaan sejuk beku produk mentah seperti ikan, ayam dan sebagainya. Namun kadang kala penggunaannya dalam air minuman mungkin berlaku kerana faktor kekurangan ais dari air masak semasa majlis-majlis tertentu.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda