'Kafir Kafir Kafir!' - Budak 8 Tahun Dilabel Kafir Oleh Rakan Sekelas Sebab Tak Bertudung


Semalam bila adik perempuan saya balik ke rumah dari sekolah, dia berada dalam mood yang tidak baik. Dia tak nak makan dan dia tak nak bercakap dengan siapa-siapa pun walaupun Miko (teddy bear miliknya).

Bila suruh mandi, dia tak nak jugak. Tapi akhirnya adik saya terpaksa akur sebab ayah memaksanya untuk mandi. Selepas mandi, bila ibu meminta dia untuk makan, dia tak mahu. Dia kata tak ada selera nak makan.

Adik duduk dalam bilik sorang-sorang buat kerja sendiri, kemas buku, kemas barang, buat kerja sekolah, dan lain-lain. Tapi dia tetap tak nak bercakap dengan siapa-siapa yang ada dalam rumah. Dia layan pun macam nak tak nak je.


Adik tak bercakap dengan saya langsung yang mana saya rasa sangat memeranjatkan. Biasanya setiap kali dia balik rumah dia akan cerita semua benda yang dia buat di sekolah, walau perkara paling kecil sekali pun. 

Contohnya sebelum ni dia pernah cerita kat saya belalang kawan dia kena pijak dan mati. Dia cakap pada saya betapa dia membenci rakannya itu sebab membunuh belalang dan macam-macam lagi. Dia tak akan berhenti bercerita.

Tetapi semalam sangat berbeza sebab adik begitu tenang dan pendiam. Jadi, saya dengan ibu bapa saya ambil tindakan untuk bertanya kenapa dia tak nak bercakap langsung dengan semua orang.


Adik terus menangis teresak-esak, tersedu-sedan, dan air matanya keluar mencurah-curah macam air terjun. Dia tak boleh bercakap dengan lancar sambil menangis. Kami begitu terkejut, panik dan rasa sangat takut.

Selepas dia berhenti menangis, barulah dia memberitahu kepada kami apa yang sebenarnya berlaku di sekolah yang membuatnya berkelakuan seperti itu.

Rupa-rupanya, ada seorang rakan sekelas adik yang menggelarnya seorang KAFIR dan TAK ADA AGAMA sebab adik tak pakai tudung seperti pelajar-pelajar Muslim lain dan sebab adik agak pendiam dalam kelas.

Rakannya bertanya, "Kenapa kau tak pakai tudung haa orang kafir? Kau tak ada agama ke?" dan terus memanggilnya "kafir kafir kafir kafir".

Sudah tentu adik saya marah dan sedih. Adik bertanya kembali, "Kenapa kau cakap aku kafir? Aku orang Islam lah!"

Rakannya kemudian membalas, "Sebab ayah aku cakap orang kafir je tak pakai tudung ni. Orang Islam pakai tudung". Adik saya naik marah dan terus berlalu pergi.

Adik saya baru berusia 8 tahun. Sedih sangat bila melihat seorang budak bersedih terhadap sesuatu hal yang mereka belum faham sepenuhnya. Tapi apa yang lebih menyedihkan - ibu bapa memberi persepsi yang salah tentang memakai tudung dan sesuka hati mengajar anak-anak mereka nilai yang salah seperti itu.

Adik saya memang tak bertudung tapi dia dah khatam Al-Quran satu kali dan sedang dalam proses untuk menghafal Surah Yasin. Walaupun tak bertudung, saya yakin adik saya ni jauh lebih bagus daripada anak perempuan kau tu.

Dia sebenarnya belum boleh memakai tudung lagi sebab ada ruam di lehernya. Memandangkan cuaca panas, dia tak boleh tahan dan tak bersedia lagi untuk memakai tudung. Lagipun, dia hanya 8 tahun!

Pakai tudung atau tak pakai tudung itu tidak menjadikan adik saya atau sesiapa saja seorang kafir. Tolong ajar anak-anak anda dengan perkara yang betul. Jangan sekadar tahu bercakap buruk mengenai orang tak pakai tudung.

Tolong jangan melabelkan seseorang itu kafir hanya sebab dia tidak pakai tudung. Itu satu cara yang sangat salah dalam mendidik anak-anak.

Di mana kebijaksanaan dan tanggungjawab kau sebagai ibu bapa?



Memetik dari statement Dr.Maza:

❝..Menuduh orang lain dengan tuduhan kafir atau sesat adalah dosa yang besar. Jika kita tahu bahawa seseorang tidak kafir atau sesat atau fasik, tetapi kita sengaja menuduh imannya yang sah itu sebagai kafir atau sesat, atau menuduh dirinya yang tidak fasik itu sebagai fasik, maka tuduhan itu kembali kepada yang menuduh.❞

Sabda Nabi SAW :

❝..Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)❞. 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!