4 Perkara Penting Anda Perlu Ambil Tahu Tentang Kereta Klon Jangan Jadi Mangsa!

SEJAK akhir-akhir ini, kita sering disajikan dengan berita kereta mewah yang diklon dan dijual kepada orang ramai.

kereta klon, kereta seludup, kereta klon murah, kereta murah, kereta singapore, kereta singapura, JPJ Klon kereta

Kereta seludup 

Pembeli kereta klon adalah golongan pertengahan yang ingin tampil bergaya dan ada kalangan mereka penjawat awam. Kereta klon dikategori sebagai kenderaan tidak disahkan taraf oleh JPJ. Antara modus operandi kereta klon, termasuk kereta yang diseludup dari negara jiran dan menggunakan nombor pendaftaran palsu yang dikendalikan oleh sindiket. 

Kebanyakan kereta klon diambil dari Singapura kerana negara itu melaksanakan dasar pelupusan kenderaan setiap lima tahun sekali. Sindiket mengambil kesempatan untuk dijadikan kereta klon. Sebelum lupus pihak berkenaan menyeludup ke Malaysia untuk tujuan diklon. 

Selain itu, kereta yang dilarikan daripada pihak bank dan dipalsukan nombor pendaftaran, sama ada menggunakan dokumen kereta dan sijil pendaftaran kereta yang telah hilang tapi tidak dibuat aduan polis dan menyamar guna nombor orang lain. Kereta mengguna pakai nombor kereta yang cantik dan dipakai untuk kereta yang diseludup. Mereka akan mencari model dan spesifikasi kereta asal hampir sama agar sukar dikesan pihak penguat kuasa. 

Cukai jalan akan dipalsukan menyerupai cukai jalan yang dikeluarkan JPJ atau mereka melaporkan cukai jalan hilang untuk mendapat salinan cukai jalan kereta yang asal dari JPJ. Di samping itu, surat sumpah dipalsukan. Ada juga kereta yang menggunakan dokumen kenderaan yang mengalami kemalangan teruk. Proses pengklonan juga membabitkan aktiviti penukaran nombor pendaftaran dan tampalan nombor casis serupa dengan maklumat kenderaan yang dikategorikan sebagai total lost. 

Mereka mendapat maklumat kenderaan sedemikian rupa daripada pihak insurans dan bengkel kereta. Kegiatan ini dibuat oleh sindiket yang biasanya bekerjasama dengan segelintir kakitangan penguat kuasa yang tidak amanah dan tiada integriti. Urusan jual beli kereta boleh didapati dengan mudah. Selalunya sindiket berurusan dengan ejen penjual kereta terpakai untuk menjual kereta mereka itu. 

Harga terlalu rendah jadi tarikan 

Pelanggan ditawarkan dengan harga amat rendah berbanding harga pasaran. Pembeli kereta klon menanggung rugi kerana kereta terbabit boleh disita JPJ. Pada masa sama, mereka masih menanggung hutang bank. Kereta Honda Odyssey yang harga pasaran melebihi RM100,000 hanya dijual serendah RM10,000 hingga RM12,000. Toyota Alphard pula berharga RM25,000. Ia menyebabkan orang ramai mudah tertarik, selain sindiket ini turut agresif membuat promosi melalui pelbagai cara.

Ramai yang terpinga-pinga apabila mengetahui mereka telah terbeli kereta klon, malah lebih teruk, menerima saman atas kesalahan yang tidak dilakukan.

Empat soalan di bawah dapat membantu anda memahami sedikit sebanyak tentang apa itu kereta klon, dan bagaimana mahu mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

APA ITU PENGKLONAN KERETA?

Identiti kereta anda dicuri oleh penjenayah dan digunakan pada kenderaan lain untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Pengklonan kereta juga dibuat oleh mereka yang melakukan kesalahan trafik dan enggan membayar saman.

BAGAIMANA PENGKLONAN KERETA DIBUAT?

Penjenayah akan memindahkan nombor pendaftaran dan nombor casis palsu, lazimnya daripada kereta yang mengalami kerosakan penuh (total lost) akibat kemalangan, kepada kereta klon.

Kereta klon kemudiannya diberikan identiti baharu dengan segala dokumen disediakan seperti cukai jalan dan geran kenderaan untuk urusan jual beli.

BAGAIMANA MAHU MENGENAL PASTI JIKA ANDA MENJADI MANGSA?

Anda menerima notis saman kesalahan trafik yang anda tidak pernah lakukan.

Anda diminta memberi keterangan atas ‘pembabitan’ kereta itu dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Anda ditahan ketika sekatan jalan raya dan diberitahu kereta anda adalah kereta klon.

CARA ELAK DARIPADA JADI MANGSA?

Ambil tahu perkembangan harga kereta semasa. Jangan beli jika harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada sepatutnya.

Periksa segala dokumen yang diberikan. Lebih baik, bawa ke Jabatan Pengangkutan Jalan dan periksa kesahihannya.
loading...

0 comment... add one now