5 Tip Kawal Pengambilan Air Untuk Pesakit Buah Pinggang
Bagi pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, pengambilan air perlu dititik beratkan dan tidak boleh diambil secara berlebihan. Pesakit buah pinggang tidak boleh kencing dalam jumlah yang banyak seperti orang yang sihat. Oleh sebab itu, jika air banyak diambil, ia mudah berkumpul di dalam badan sehingga menyebabkan bengkak-bengkak di seluruh badan terutamanya di bahagian buku lali ke bawah.
Kaki yang bengkak-bengkak sedikit sebanyak akan mengganggu kualiti hidup pesakit. Mereka tidak boleh berjalan dengan baik kerana kaki mereka sakit. Pesakit yang menjalani dialisis adalah golongan pesakit yang sangat-sangat perlu untuk menjaga pengambilan air kerana mereka sudah tidak boleh kencing dalam jumlah yang sepatutnya.
Kebiasaannya, doktor akan menetapkan berapa mililiter air yang boleh diminum pesakit untuk mengelakkan bengkak. Ada pesakit yang boleh ambil hanya 1000 ml, ada pula hanya 800 ml sehari. Pesakit dan penjaga perlu mengambil tahu berapa jumlah yang perlu diambil agar pesakit tidak mengalami dehidrasi (kekurangan air di dalam badan) dan tidak juga terlebih air.
Memastikan air yang diambil mencukupi dan tidak berlebihan merupakan satu cabaran bagi pesakit kerana cuaca di negara kita, Malaysia adalah panas. Berikut adalah tips memastikan air diminum tidak lebih daripada yang disarankan doktor.
1. Sediakan botol minuman yang khas untuk sehari
Sebagai contoh, jika pesakit hanya boleh minum 1 liter sehari, sediakan satu botol mineral saiz 1 liter berisi air mineral. Pesakit hanya boleh minum air daripada botol itu sahaja
Sekiranya pesakit hendak menghirup sup atau makan bubur, tuang air daripada botol khas ke mangkuk sebanyak mana sup/bubur yang pesakit ingin hirup kemudian buang air tersebut. Selepas itu, barulah isi mangkuk dengan sup/bubur tersebut. Cara ini adalah untuk mengukur jumlah air yang diambil daripada sup/bubur tersebut.
Begitu juga jika pesakit ingin merasa minuman berperisa, tuang ke cawan sebanyak mana yang ingin diminum. Dengan cara ini, pesakit boleh memastikan setiap air yang masuk di dalam badan adalah mengikut ukuran yang ditetapkan
Makanan yang berasal daripada air seperti jeli, agar-agar, aiskrim, ais (seperti Air Batu Campur) perlu diambil kira juga sebagai jumlah air yang diminum dalam sehari. Oleh itu, pesakit perlu berpada-pada jika memakan makanan seperti itu.
2. Kurangkan meminum air manis
Kebiasaannya pesakit buah pinggang turut mempunyai penyakit kencing manis. Oleh itu, amatlah penting bagi pesakit untuk tidak mengambil makanan manis bagi mengawal paras gula dalam darah
Dari segi kawalan air, meminum air manis adalah tidak disarankan kerana air yang manis hanya akan menyebabkan pesakit menjadi lebih haus dan akan minum lebih banyak. Sebaiknya, minum sahaja air kosong.
Comments
Post a Comment