6 Petua Mudah Melegakan Senak Sakit Perut Cirit Birit Secara Tradisional Yang Ramai Tak Tahu

Sesiapa yang melalui sakit perut, senak perut atau cirit birit pastinya akan merasai betapa azabnya kesakitan tersebut sehingga melemahkan sistem imunisasi tubuh badan Malah terpaksa kerap kali ke tandas disebabkan cirit birit sehingga tiada apa-apa yang ‘dikeluarkan’ melainkan hanya cairan sahaja.

6 Petua Mudah Melegakan Senak Sakit Perut Cirit Birit Secara Tradisional Yang Ramai Tak Tahu

Bayangkan sakit perut berlaku ketika sedang memandu, atau ada meeting penting di tempat kerja. Jika ianya berlaku tengah malam agak sukar untuk mendapatkan rawatan dari klinik dengan segera. 

Dalam waktu kecemasan sebegini, petua atau rawatan tradisional amatlah diperlukan sebagai ikhtiar terakhir bagi menyembuhkan kesakitan tersebut

Mujur ada petua tradisional serta menyediakan bahan tersebut bagi mengurangkan dan melegakan kesakitan sakit perut / cirit birit yang boleh kita cuba. Oleh kerana kesannya positif, disini kami kongsikan cara untuk melegakan sakit, senak perut atau cirit birit secara tradisional Petua Hilangkan Dan Melegakan Sakit Senak Perut Atau Cirit Birit.


Petua 1:

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Minyak gamat 
Segelas air suam 
Tungku besi yang selalu digunakan oleh wanita selepas bersalin, jika tiada tungku besi boleh juga menggunakan batu atau bata dengan saiz mengikut kemampuan ketahanan perut anda untuk menampung berat objek tersebut 

Cara-Cara:
Titiskan minyak gamat sekadar dua atau tiga titis kedalam air suam, teruskan minum jangan biarkan tompokan titisan minyak gamat itu ‘pecah atau mengembang’ di dalam air suam tadi 
Panaskan tungku besi atau batu, kemudian balutkan objek tersebut dengan kain bagi mengurangkan rasa panas, seterusnya letakkan ia dibahagian perut dalam posisi anda sedang baring 
Biarkan ia sehingga anda rasa kesan kesakitan itu beransur-ansur pulih 

Petua 2:

1. Ambil beberapa helai daun jambu batu yang muda iaitu pucuknya.
2. Bersihkan kemudian masukkan kedalam mesin pengisar dan kisarkan untuk mendapatkan jusnya.
3. Tapiskan dan campurkan dengan sedikit gula dan bolehlah di minum airnya.

Petua 3: 

Akar bunga matahari
Bahan: Akar bunga matahari kering secukupnya dan air panas sebanyak setengah gelas.

Cara pengubatan: Akar bunga matahari kering ditumbuk hingga halus, kemudian dimasukkan ke dalam setengah gelas air panas. Minum air akar bunga matahari tersebut seperti minum kopi sebanyak 2-3 kali sehari.

Petua 4:

Biji jati belanda
Bahan: Sediakan 13 butir biji jati belanda dan setengah gelas air panas.
Cara pengubatan: Pertama-tama biji jati belanda disangrai kemudian ditumbuk hingga halus. Seduh hasil tumbukan tadi dengan setengah gelas air panas. Minum ramuan ini selagi masih hangat.

Petua 5:

Daun Cermai
Sediakan 3 gram daun cermai dan setengah gelas air panas. Cuci bersih daun ceremai lalu dikeringkan dan ditumbuk hingga halus. Kemudian hasil tumbukan tersebut direndam dengan setengah gelas air panas. Setelah sejuk sedikit, airnya diminum sekaligus bersama hampasnya.

Petua 6:

Buah Kapulaga
Siapkan 5 butir buah kapulaga dan 3 gelas air untuk merebus. Rebuslah kapulaga tersebut dalam 3 gelas air hingga mendidih. Setelah dingin, buahnya dimakan.

Cubalah pratikkan cara ini di saat kecemasan, mungkin ia dapat membantu mengurangkan kesakitan atau melegakan terus sakit senak perut atau cirit birit tersebut Jika gejala itu berpanjangan sebaiknya mendapatkan rawatan dengan doktor pada kadar yang segera
loading...

Comments

  1. tq kongsikan tips yang sgt berguna semasa kecemasan.

    http://www.dotneeda.com/2018/03/produk-paling-berkesan-untuk-hilangkan.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda