Bulu Banyak? Ini Cara Buat Wax Dengan Kos RM2 Jer

Semua manusia hakikatnya dicipta memiliki bulu sama ada halus mahupun lebat. Namun, pertumbuhan bulu yang banyak di daerah anggota badan tertentu seperti di kaki dan ketiak boleh menimbulkan perasan malu serta tidak selesa khususnya kepada wanita.
Oleh itu, tidak hairanlah begitu banyak lambakan produk-produk penghilangan bulu terjual di pasaran. Antaranya adalah wax.
Harga wax yang dijual di kedai dan farmasi juga boleh dikatakan agak mahal iaitu sekitar harga RM30 hingga RM50. Tapi, tahukan anda sebenarnya wax boleh dibuat dengan sendiri di rumah? Malah kos membuatnya juga tidak melebihi RM2.

Lagi syok, wax ini hanya menggunakan bahan semula jadi dan begitu mudah didapati di dapur anda iaitu madu dan gula.
Cara-caranya:
  1. Gunakan kuali non-stik dan buka api perlahan.
  2. Masukkan 6 sudu gula dan kacau dengan sedikit air hingga sebati.
  3. Kacau sehingga gula menjadi buih
  4. Masukkan 7 sudu madu dan kacau sehingga sebati ( boleh juga tambahkan air lemon )
  5. Letak dalam bekas tahan haba
  6. Siap!




Jika ingin menggunakannya, guna copstik untuk tarik wax dan sapukan pada bahagian bulu. Tarik bulu guna kain perca cotton atau kain kapas.
Untuk pengetahuan anda, gula berfungsi sebagai pengangkat rambut di tubuh, manakala madu berfungsi melembutkan permukaan kulit. Selamat Mencuba!
 Kredit: FB Echah Rahimah
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda