Cara Mudah Buat Tempahan Online Untuk Rumah Peranginan Persekutuan

Percutian merupakan sesuatu perkara yang sangat baik untuk melepaskan diri dari kesibukan rutin harian kerja. Di samping dapat merehatkan minda dan fizikal, percutian ke destinasi yang belum pernah dikunjungi tentulah lebih menarik disebabkan pengalaman yang kita dapat di tempat baru.

Cara Mudah Buat Tempahan Online Untuk Rumah Peranginan Persekutuan

Bagi yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak bersekolah pula, cuti sekolah adalah waktu terbaik untuk membawa anak-anak bercuti dan melancong. Ia sekaligus dapat merapatkan hubungan kekeluargaan (family bonding time) dengan melakukan aktiviti menarik secara bersama. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.

Bagi penjawat awam, terdapat satu kemudahan yang dipanggil Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Penginapan Persekutuan (RP) yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka yang ingin bercuti tetapi dalam masa yang sama dapat menjimatkan kos dengan kadar sewa yang sangat berpatutan. Ia diselaras oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri.

Kelayakan Memohon Rumah Peranginan Persekutuan:

Kelayakan untuk memohon menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) adalah:

Perkhidmatan Awam Persekutuan
Perkhidmatan Awam Negeri
Persara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

Kategori Rumah Peranginan Persekutuan:

Terdapat 2 kategori untuk Rumah Peranginan Persekutuan iaitu kategori Premier dan Eksekutif. Rumah kategori Premier hanya boleh diduduki oleh penjawat awam Gred 48 dan ke atas sahaja. Sementara rumah kategori Eksekutif dibuka untuk semua penjawat awam tanpa mengira gred.Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Penginapan Persekutuan (RP) diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan kemudahan penginapan yang memberi kesejahteraan kepada penginapnya.

Suasana kesejahteraan yang diwujudkan dapat meningkatkan kualiti percutian sekali gus akan memberi kepuasan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan untuk menikmati kemudahan tersebut.

Percutian memberikan kerehatan minda, rohani dan jasmani yang diperlukan oleh penjawat awam setelah bertungkus-lumus bekerja. Penyediaan kemudahan rumah peranginan bukan sahaja memberi faedah kepada penjawat awam tetapi juga kepada keluarga masing-masing dengan kadar sewa yang berpatutan.

Masa pendaftaran masuk dan keluar (tetamu) adalah seperti berikut:

Pendaftaran Masuk:-

2.00 – 5.00 petang (Isnin – Khamis)
2.45 – 5.00 petang (Jumaat)
2.00 – 5.00 petang (Sabtu – Ahad)

Pendaftaran Keluar:-

12.00 tengah hari (Isnin – Ahad)

** Kunci boleh dimasukkan ke dalam Peti yang telah disediakan.

Untuk makluman anda, tempahan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) kini lebih mudah dengan adanya SBBPH – Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah.

Dalam post ini kami akan berkongsi dengan anda semua mengenai cara untuk mohon Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) secara online menerusi SBBPH.

1 – Sila kunjungi laman web SBBPH – Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah. Anda dikehendaki mendaftar untuk menggunakan sistem tempahan online ini. Pendaftaran mudah dan senang sahaja apabila selesai, satu email pengesahan yang mengandungi kata laluan (password) sementara akan dihantar kepada anda.

Cara Mudah Buat Tempahan Online Untuk Rumah Peranginan Persekutuan

2 – Kemudian barulah anda boleh LOGIN ke laman SBBPH dengan menggunakan myID dan kata laluan sementara yang diberikan. Paparan dashboard seperti dibawah akan muncul.

Cara Mudah Buat Tempahan Online Untuk Rumah Peranginan Persekutuan

3 – Peringatan – Sila tukar kata laluan anda apabila berjaya LOGIN. Pengguna kali pertama akan diminta memasukkan nombor akaun bank untuk memudahkan urusan pemulangan wang sekiranya tempahan dibatalkan.

Cara Mudah Buat Tempahan Online Untuk Rumah Peranginan Persekutuan

4 – Pilih tab RPP Premier/ Eksekutif dan kini anda boleh membuat tempahan online Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) yang ada disediakan iaitu:

Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Bukit Fraser
Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Cameron Highlands
Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Morib
Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Port Dickson
Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Pulau Langkawi – Federal Villa
Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Pulau Pinang
Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Tasik Kenyir

5 – Kemudian, anda dikehendaki memasukkan tarikh untuk semakan kekosongan RRP. Sekiranya tiada kekosongan, anda akan dikehendaki memasukkan tarikh baru. Jika ada kekosongan, paparan seperti dibawah akan muncul. Apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan sekali lagi tarikh masuk dan keluar sebagaimana yang dikehendaki.

Cara Mudah Buat Tempahan Online Untuk Rumah Peranginan Persekutuan

6 – Langkah seterusnya adalah untuk tempahan. Klik TEMPAH SEKARANG dan paparan mengenai peraturan berkaitan dengan RRP akan muncul. Ia termasuklah bayaran deposit RM50 untuk kelengkapan yang disediakan.

Cara Mudah Buat Tempahan Online Untuk Rumah Peranginan Persekutuan

7 – Setelah anda bersetuju dengan semua peraturan yang diberikan, barulah anda akan dibawa masuk ke bahagian pembayaran. Untuk makluman anda, anda dikehendaki membuat pembayaran penuh untuk mengesahkan tempahan. Pembayaran boleh dilakukan melalui pindahan wang online (FPX), Cash Deposit Machine (CDM) dan juga kad kredit. Anda boleh menyemak tempahan anda apabila pengesahan bayaran telah dibuat sebagaimana contoh paparan dibawah (sudah berjaya mohon).

Cara Mudah Buat Tempahan Online Untuk Rumah Peranginan Persekutuan

Sukacita dimaklumkan bahawa tempahan online Rumah Persekutuan ini hanya dibuka 3 kali setahun berdasarkan jadual diatas.
loading...

Comments

  1. Hai.. Nak tanya, kalau kita dah buat bayaran melalui CDM atau PFX, kita kena sahkan pembayaran kita i website tersebut ke? Maaf lah bertanya soalan sebegini, sebab saya tak pernah lagi buat tempahan macam ni. Sekadar beli online dari pengguna FB tu pernah la tapi yang tu secara tak rasmi hanya perlu hantar gambar bukti pembayaran.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda