Kisah Ahli Ibadah dan Pelacur: Tak Selamanya Pendosa Masuk Neraka dan Ahli Ibadah Masuk Syurga


Ada seorang wanita yang kehidupan sehariannya sendiri tanpa keluarga yang mendampinginya. Dia bekerja tiap malam untuk menanggung dirinya sendiri. Pekerjaannya tidak lain adalah sebagai pelacur jalanan. Awalnya hanya sebagai pelacur jalanan. Setelah beberapa lama dia bekerja sebagai pelacur akhirnya dia mempunyai pelanggan tetap.

Kerana dia mempunyai pelanggan tetap akhirnya pelacur tersebut menyewa sebuah rumah sekaligus sebagai tempat kerjanya. Kebetulan rumah tersebut berada betul-betul di depan rumah seorang Ahli Ibadah yang tiap hari kehidupannya penuh dengan ibadah.

Pada suatu hari dia ( ahli ibadah) melihat didepan rumahnya ada rumah kecil yang selalu tertutup akan tetapi sering dikunjungi orang. Akhirnya dia tahu dari beberapa warga bahawa penghuni rumah tersebut adalah seorang wanita yang hidup sendirian.

Kisah Ahli Ibadah dan Pelacur: Tak Selamanya Pendosa Masuk Neraka dan Ahli Ibadah Masuk Syurga

Setiap kali waktu pagi dia memerhatikan rumah tersebut, jika pada waktu pagi sepi. Siang harinya juga dilihat lagi terlalu sepi. Tengaharinya juga dilihat lagi ternyata masih sepi. Menginjak tengah malam dia melihat lagi, kelihatan ada satu kereta datang kerumahnya. Setelah melihat itu ahli Iibadah semakin sering memperhatikannya. Satu persatu kereta yang datang ke rumahnya dihitung seberapa banyak orang yang masuk ke rumahnya.

Jadi setiap malam setiap hari Ahli Ibadah selalu memperhatikannya dan menghitung hitung berapa orang yang masuk ke rumahnya. Setiap kali melihat hal tersebut terfikir di dalam hati Ahli Ibadah “setiap hari aku melihat ini, berapa dosa yang dia kumpulkan hingga saat ini”

Pada suatu hari setelah beberapa lama kemudian si Ahli Ibadah wafat. Ribuan orang datang untuk menguruskan dan menghantarkannya ke liang kubur. Setelah Ahli Ibadah tersebut wafat peliknya rumah pelacur tersebut juga kelihatan sepi dan sunyi. Pagi, siang, tengahari hingga malam pintunya tak pernah terbuka dan lampunya selalu dalam keadaan tertutup.

Setelah beberapa hari kemudian beberapa warga mencium bau tidak sedap dari rumah pelacur tersebut. Akhirnya warga membuka paksa rumah tersebut dan didapati si pelacur telah mati. Kematian tersebut diperkirakan bersamaan dengan kematian si Ahli Ibadah.

Si Ahli Ibadah telah meninggal begitu juga pelacur tersebut juga meninggal. Dalam perjalanan akhirat mereka berdua bertemu di tengah jalan. mereka masing-masing didampingi satu malaikat. Akhirnya terjadilah dialog:

Ahli Ibadah: Hai pelacur kamu mahu ke mana?

Pelacur: Saya akan ke surga.

Ahli Ibadah: Tidak mungkin kamu ke syurga kerana hidup kamu penuh dengan dosa.

Pelacur: Hidup saya memang penuh dengan dosa, tapi hal itu saya lakukan kerana tidak ada pilihan lain dan saya tidak pernah berniat untuk melakukan hal tersebut.

Ahli Ibadah: Saya yang akan menuju syurga kerana hidupku penuh dengan ibadah setiap hari.

Kemudian Ahli Ibadah bertanya pada Malaikat:

Ahli Ibadah: Malaikat, apakah benar perempuan ini akan menuju syurga..?

Malaikat: Ya, benar perempuan ini menuju syurga dan anda akan menuju neraka.

Ahli Ibadah: Tidak mungkin.!!, kehidupan saya terbalik dengan dia. Hidup saya penuh dengan amal ibadah dan dia penuh dengan dosa. Pasti ada kesalahan. Saya tidak percaya ini, cuba tanyakan pada Allah.

Akhirnya Malaikat pergi menghadap Allah dan beberapa saat kemudian kembali lagi.

Ahli Ibadah: Bagaimana Malaikat? Saya pasti ke syurga dan dia ke neraka.

Malaikat: Tidak, kamu tetap ke neraka dan perempuan ini ke suyrga.

Ahli Ibadah: Kenapa pula jadi begini?

Malaikat : Memang benar hidup kamu penuh dengan ibadah, pahala. Hidup kamu lebih baik dengan dia. Akan tetapi setiap kali kamu melihat rumahnya kamu selalu menghitung-hitung kesalahannya. Dan setiap kamu menghitung kesalahan perempuan ini pahalamu diberikan kepada perempuan ini sampai akhirnya pahalamu habis. Dan akhirnya perempuan ini masuk syurga kerana pahala yang kamu berikan. Bukankah kamu seorang Ahli Ibadah sudah tahu hal ini? Bukankan kamu seorang Ahli Ibadah sudah memahami hal ini? Akan tetapi kenapa kamu masih saja menghitung-hitung kejelekan orang lain. Menghitung-hitung kesalahan orang lain.

Mendengar penjelasan tersebut, si Ahli Ibadah kecewa tidak menerima kesalahan sendiri. Tapi apalah ertinya sudah di akhirat. Penyesalan pun tiada ertinya.
loading...

0 comment... add one now