Pemilik 'Ubah' Apartmennya Jadi Kondo Dengan Kos Tak Sampai RM10 Ribu

Bukan mudah menghias rumah menjadi seperti apa yang kita idamkan. Namun, jika berfikir di luar kotak dan menggunakan daya kreativiti yang ada, segalanya tidak mustahil.

Itulah yang dilakukan seorang pemilik apartmen di Kuala Lumpur, Anith Syazana  yang mengubahsuai apartmen miliknya menjadi seperti sebuah kondominium. Paling menarik, semuanya dilakukan tanpa mengeluarkan belanja yang besar.


Jika dilihat dari luar bangunan, seperti tiada apa yang menariknya tentang apartmen yang dibeli Anith 6 tahun lalu. Tetapi, dia berjaya melakukan pengubahsuaian dengan menampilkan konsep moden kontemporari dengan tema hitam putih yang nampak elegan. 


Proses pengubahsuaian dilakukan sedikit demi sedikit di apartmen yang berkeluasan 800 kaki persegi ini. Daripada lantai tiles, siling plaster, cat dinding hinggalah kepada pemilihan dan susun atur perabot-semuanya menelas kos tidak lebih daripada RM10,000!


Paling best, segala kerja-kerja mengecat dinding, pemasangan wallpaper dan hiasan dalaman semuanya dilakukan oleh Anith sendiri.

Korang boleh tengok sendiri hasil-hasil kerja Anith melalui foto-foto yang dilampirkan. Mana tahu kalau boleh dijadikan sumber inspirasi. Memang nampak seperti dalam sebuah kondo mewah kan?



loading...


Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda