Cara Mudah Bezakan Memori Kad Original dan Tiruan. Share Supaya Ramai Lagi Tidak Jadi Mangsa Penipuan!

Panduan Tips Cara Hendak Membezakan Memory Card Tiruan Samsung dengan Original. Penipuan terhadap penjualan memori kad kini semakin berleluasa di negara kita.

Bayangkan betapa sakit hati bila kita nak install application atau nak ambil gambar mobile phone kita akan keluarkan warning kapasiti telah mencapai had maksimum. Walhal phone baru je tukar kepada saiz memory card yang lebih besar. 

Paling tidak bernasib baik setelah beberapa kali anda dapat warning tersebut, tiba-tiba bila anda on mobile phone ada warning pula menyatakan memory card error. Bila anda check di kedai atau cuba masukkan memory card ke komputer anda diberitahu memory card tu telah rosak! 


Justeru, kita sebagai pengguna dan pembeli dinasihatkan agar lebih berwaspada supaya tidak mudah tertipu dengan barangan tiruan kerana ianya akan memberi kemudaratan dikemudian hari. Ikuti, panduan mengenal pasti usb storage ataupun Memori Kad yang asli dengan tiruan dibawah :

Bezakan Memori Kad Asli dan Tiruan
Kesan Menggunakan Memori Card Tiruan Kepada Telefon dan Komputer

1. Kalau anda masukkan dalam telefon bimbit atau komputer milik anda atau orang lain, ianya akan menunjukkan kapasiti memori seperti yang dicetakkan pada kotak. Sebagai contoh, memori kad bersaiz 8GB namun saiz sebenarnya hanyalah 500mb sahaja.

2. Yang kedua adalah risiko kehilangan semua data dan dokumen apabila sudah mencapai had penggunaaan. Contohnya, apabila kita sudah mengguna pakai lebih 500mb, semua data dan dokumen yang disimpan pada memori kad tersebut akan hilang sama ada ianya akan terpadam dengan sendirinya ataupun memori kad itu akan mengalami kerosakan.

Bagaimana Cara Hendak Membezakan Memori Kad Original dan Palsu?

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengenal pasti sama ada kad memori yang anda beli itu adalah original atau pun palsu :

1.  Memori kad Tiruan akan menggunakan tulisan mandarin berbanding original menggunakan tulisan inggeris.
Tips Bezakan Kad Memori Tiruan dan Palsu

2. Memori kad Original Buatan Samsung Malaysia akan memaparkan logo atau cop mereka pada produk tersebut manakala memori kad palsu tidak akan memaparkan logo atau cop samsung tetapi memaparkan tulisan yang tidak kita fahami.

Cara Semak Kad Memori Original Vs Tiruan
3. Memori kad yang asli pembalutnya tidak boleh dibuka dari luar manakala memori kad yang tiruan akan boleh dibuka pembalutnya dari luar.

Panduan Cara Tahu Cara Tahu Kad Memori Original Vs Tiruan

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda. Jika anda merasakan panduan mudah mengenalpasti memori kad tiruan dan original turut berguna kepada mereka yang lain, bantu kami sebarkannya dengan klik pada simbol g+1 dibawah atau kongsikan di laman-laman sosial milik anda. Terima kasih atas keprihatinan anda dalam berkongsi.
loading...


Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda