Kenapa Pasar Adalah Tempat Yang Paling Buruk Dan Dibenci Oleh Allah ? Inilah Sebabnya..


Pertanyaan: “Tuan ustaz saya mahu tanya.. Kenapa pasar tempat yang paling buruk ya ? Kan berniaga, mencari nafkah halal berpahala ?” (Dari Bu Rusni)

Jawapan:

Dalam sebuah hadits, Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam menyatakan bahawasanya pasar adalah tempat yang paling buruk. Beliau bersabda:

خير البقاع المساجد وشرها الأسواق

“Sebaik-baik tempat adalah masjid dan seburuk-buruk tempat adalah pasar” (HR. Ibnu Hibban dan dihasankan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 3271)
Dalam hadits lain, beliau shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللهِ مَسَاجِدُهَا، وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللهِ أَسْوَاقُهَا

“Tempat yang paling Allah cintai adalah masjid. Dan tempat yang paling Allah benci adalah pasar” (HR. Muslim)

Sebab-sebab mengapa pasar tempat yang terburuk:

1- Untuk pertanyaan: “Kan di pasar tempat berniaga, mencari nafkah halal adalah berpahala”.

Jawab: Memang mencari  nafkah yang halal itu berpahala dan sangat baik. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

لَأَنْ يَحْتَطِبَ أَحَدُكُمْ حُزْمَةً عَلَى ظَهْرِهِ، خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ أَحَدًا، فَيُعْطِيَهُ أَوْ يَمْنَعَهُ

“Seseorang mengangkat kayu bakar diatas punggungnya, itu lebih baik dari pada dia meminta-minta kepada seseorang, maka dia dikasih atau ditolak” (HR. Bukhari)

Dalam hadits lain, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam juga bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ، خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ، وَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ

“Tidaklah seseorang makan sebuah makanan apapun, maka itu lebih baik jika dari hasil kerja tangannya sendiri. Dan sesungguhnya nabi Allah Daud alaihissalam, beliau makan dari hasil kerja tangannya” (HR. Bukhari)

Akan tetapi tidak dinafikan, yang banyak terjadi adalah sebaliknya “Banyak dan sangat banyak terjadi transaksi haram di pasar seperti kecurangan, penipuan, atau riba, dll”. Maka dari itu, pasar adalah seburuk-buruk tempat diatas muka bumi.

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:

قَوْلُهُ وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا لِأَنَّهَا مَحَلُّ الْغِشِّ وَالْخِدَاعِ وَالرِّبَا وَالْأَيْمَانِ الْكَاذِبَةِ وَإِخْلَافِ الْوَعْدِ وَالْإِعْرَاضِ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَغَيْرِ ذَلِكَ مِمَّا فِي مَعْنَاهُ

“Sabda Nabi: “Dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar”. Hal tersebut kerana pasar adalah tempat kecurangan, penipuan, riba, sumpah palsu, ingkar janji, dan berpaling dari mengingati Allah, dan lain-lain yang semakna dengan ini” (Syarh Shahih Muslim 5/171)

Transaksi-transaksi haram yang telah disebutkan tadi, terkadang terjadi kerana hawa nafsu dan terkadang kerana memang tidak memiliki ilmu akan keharamannya. Dan kedua-duanya itu adalah haram, maka dari itu kita harus berilmu sebelum berniaga.

Dan mereka yang berniaga dengan menggunakan hawa nafsu, itu telah dikhabarkan oleh Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan telah terjadi di zaman ini. Beliau bersabda:

لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ، لاَ يُبَالِي المَرْءُ بِمَا أَخَذَ المَالَ، أَمِنْ حَلاَلٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ

“Akan datang sebuah zaman, yang mana seseorang tidak memikirkan lagi dengan apa dia mencari harta. Apakah dari yang haram atau dari yang halal?” (HR. Bukhari)

Dan transaksi haram yang terjadi di pasar kerana kejahilan bukan kerana hawa nafsu, maka telah diwar-warkan oleh Umar bin Khattab radhiyallahu anhu. Beliau (selaku khalifah kaum muslimin) melarang keras orang-orang yang tidak memiliki ilmu perniagaan untuk berjualan di pasar kaum muslimin. Beliau berkata:

لَا يَبِعْ فِي سُوقِنَا إِلَّا مَنْ قَدْ تَفَقَّهَ فِي الدِّينِ

“Tidak boleh berjualan di pasar kaum muslimin kecuali orang-orang yang telah memahami ilmu agamanya” (HR. Tirmidzi dan sanadnya dihasankan oleh Al-Albani)

2- Banyak orang, ketika mereka masuk pasar atau mall maka mereka sering lupa waktu solat. Bahkan mereka tidak sedar bahawa waktu sudah malam padahal mereka masuk di pagi hari. Hal ini memang tidak terjadi pada diri semua orang muslim, namun tidak dinafikan bahawa banyak orang muslim yang lupa solat ketika telah azan berkumandang sedangkan mereka tetap sibuk mencari barang-barang yang mereka cari di pasar.

Lebih dari itu, para penjual yang ada di kedai pun tidak ingin menutup kedainya ketika azan berkumandang dengan alasan takut kehilangan para pembeli atau pelanggan yang berkunjung.

Sedangkan Allah ta’ala telah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ

“Wahai orang-orang yang beriman, jika sudah dikumandangkan azan untuk solat jumaat maka bersegeralah untuk menuju Allah dan tinggalkanlah jual beli” (QS. Al-Jumu’ah: 9)

Maka sudah seharusnya dan sudah menjadi kewajiban untuk mendahulukan Allah dari pada dunia yang hina. Dan Allah ta’ala juga berfirman:

حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ

“Jagalah waktu-waktu solat dan solat asar dan tegaklah untuk Allah dalam keadaan khusyuk” (QS. Al-Baqarah: 238)

Begitu pula, Allah ta’ala juga berfirman:

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ (4) الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

“Maka celakalah orang-orang yang solat yang lupa akan waktu solat mereka” (QS. Al-Ma’un: 4-5)

Dalam ayat diatas Allah mencela orang-orang yang solat namun diakhirkan waktunya kerana sengaja melupakannya, maka bagaimana dengan orang yang sengaja meninggalkan solat ?

3- Dan keburukan-keburukan lain, yang tidak mungkin diperinci secara mendalam disini seperti wanita yang tabarruj dan membuka auratnya, susahnya untuk ghaddul bashar (menjaga pandangan mata), dll. 

Allahu ta’ala a’lam, semoga yang sedikit bermanfaat. Wa shallallahu alaa nabiyyinaa Muhammad. 

Penulis: Muhammad Abdurrahman Al Amiry
Artikel: alamiry.net (Kajian Al Amiry)
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda