Penat Dengan Pelawat Yang Acah Pandai – Teguran Doktor Buat Keluarga Yang ‘Degil’ Patuhi Masa Melawat

Tidak dinafikan lawatan ahli keluarga dan rakan-rakan boleh memberikan semangat dan dorongan kepada pesakit ketika berada di hospital. Namun diingatkan, ahli keluarga dan rakan haruslah mengikuti syarat-syarat lawatan hospital. Ini kerana, sangat penting bagi pesakit mendapatkan rehat yang secukupnya.


Jangan pula jadi seperti kisah ini, jam 3 pagi masih mengganggu waktu rehat pesakit. Apabila nasihat doktor diabaikan, macam ini lah kesannya…
"Doktor, mak saya sesak nafas"
"Doktor kenapa tekanan darah mak saya tinggi?"
Semalam banyak kali keluarga pesakit yg menunggu sorg pesakit ni bgtau aku. And dah assess banyak kali, ECG was normal, Spo2 good , air entry equal and clear lungs, Abg was acceptable. Pesakit tu stabil. Haemodynamically stable.

Last-last aku buat tak tau. Waktu tu pukul 3-4 pagi. Pesakit neuro ;cerebral concussion. Kemalangan (alleged mva) lepas tu kepala and hidung terhantuk dashboard kereta. Semalam bila ahli keluarga bgtau aku yg mak dia sesak nafas and aku examine, last-last aku cakap:
 "Mak cik kena rehat. Dah pukul 3 pagi. Memang time dia patut rehat".
Then aku blah. Aku boleh dengar 'small voice' membebel kat belakang , " Lah mcm tu je? X bg ubat ke apa?" Patient already supported on high flow mask even though oksigen under room air 99%. For supportive. Ct brain normal, no skull fracture. No fracture any site. Then anak dia bgtau lg. Kali ni nada lebih keras. "Doktor tengok la mak sy ni!!!". Aku pergi kt pesakit. Aku suruh keluarga tunggu kat luar sementara aku periksa pesakit. 
"Mak cik ok?"Mak cik cakap " ok je cuma semput sikit je" (sambil senyum).
Kemudian aku pesan lg skali kat ahli keluarga. Suruh biar pesakit berehat. Jangan berborak-borak sangat. Biarlah dia tidur. Lagipun dah lewat malam, masa melawat dah lama habis. Then aku nampak muka x puas hati ahli-ahli keluarga pesakit. Sebab aku cuma suruh rehat.

Kemudian, aku kembali ke kaunter. Aku nampak ada family member snap gambar aku. Siap berbunyi lagi kamera phone dia. Tp aku senyap je. Lantak lah. Lepas tu aku tengok makin ramai ahli keluarga duduk sekeliling pesakit tu. Meriah. Waktu tu pukul 4 pagi tapi meriah dia macam waktu melawat 4 petang. Pengawal dah halang diorg masuk tp pengawal kena marah pulak dengan diorang.

Then staff nurse check tekanan darah lagi. Time tu ahli keluarga penuh sekeliling. Bp tinggi, 190/100mmhg. Then sorg anak tanya aku nada sinis:
" doktor x perasan ke bp mak sy tinggi ni? Mak saya bukan ada darah tinggi pun." 
Aku malas. Penat. Aku dh explain banyak kali kat keluarga pesakit. Diorang tak terfikir ke yang pesakit memerlukan rehat? Diorang tak terfikir ke tekanan darah tu jadi tinggi sebab dia x dpt rehat secukupnya? 

Pesakit tu hidung dia baru je injured terhantuk dashboard. So dia bernafas pun guna mulut sebab hidung dia sakit. Kau pulak berborak-borak dengan pesakit tanya itu ini. Macam mana dia nak bernafas ikut mulut sambil bercakap? Nak bernafas lagi, nak bercakap lagi. Dah sah-sah la orang tu tercungap-cungap.

Pastu kau borak dengan pesakit tanya mcm mana eksiden boleh jadi. Dia pun timbul perasaan marah dalam diri dia mengingatkan org yg langgar dia tu. Sebab tu la tekanan darah mencanak-canak tinggi, denyutan nadi pun laju. Dah la kau timbulkan perasaan marah, pastu ditambah pulak pesakit tak cukup rehat, tak ke membuatkan tekanan darah jadi tinggi? Kalau aku pun menyirap darah aku.

Setahu aku dalam Islam pun ada adab-adab menziarahi orang sakit. Salah satunya ialah ziarah pada waktu yg sesuai! Bukan pukul 3-4 pagi!!

Bukan semua benda kita kena bagi ubat. Sakit sikit je nak ubat, semput sikit nak ubat. Sometimes what you need most is "enough rest"!

Seriously ada sebab kenapa kita x bagi pelawat datang melawat selain waktu visiting hour ni. Antaranya sebab macam ni lah! Datang time pesakit patut rehat, lepas tu tekanan darah pesakit pun naik. Pastu bila dokter tak bagi ubat kau salahkan dokter. Kau cakap dokter x buat apa-apa. Padahal penyebab tu kau sendiri!

Serius penat dengan pelawat yang acah-acah pandai macam ni. Konon-konon nak menunggu dan membantu pesakit tapi sebenarnya buat pesakit jadi bertambah tak stabil. Please lah go home and datang melawat time visiting hour.

Kesimpulan dia, bukan semua benda kita kena bagi ubat. Kadang-kadang perkara yg paling diperlukan oleh pesakit ialah REHAT!

Ok sori bahasa agak kasar. Mohon ampun beribu ampun.

P/s : kepada yg tangkap gambar aku td, lantak kau lah nak tulis cerita buruk pasal aku ke apa. Tapi please stop making me famous. Kbye. - Khairi Malik
loading...

0 comment... add one now