Bagaimana Nak Kumpul Duit Hantaran RM15,000 Dengan Gaji RM1,500 Sebulan? Ini Caranya

Bila adat dipegang erat melebihi agama, pastinya akan menyusahkan pasangan muda untuk menghalalkan hubungan melalui pernikahan. Kalau ikut agama, tak perlu pun berbelanja besar sampai terbeban pengantin. Dah tahu bakal menantu gaji ciput, berpada-padalah nak letak nilai wang hantaran. 
Bagaimana Nak Kumpul Duit Hantaran RM15,000 Dengan Gaji RM1,500 Sebulan? Ini Caranya

Nampaknya, bukan setakat anak muda saja yang perlu celik kewangan. Ibu bapanya juga perlu celik sekali. Lebih-lebih lagi kalau dapat ibu bapa yang terlalu mengikut adat. Jadi, bagaimana nak mengumpul duit hantaran RM15,000 kalau anda bergaji RM1,500 sebulan? Memang kena ikat perutlah jawabnya. 

Begini caranya, perkara seperti ini perlu dirancang dengan elok. Dua tahun sebelum nak berkahwin, mohon ASB Financing RM100,000 selama 30 tahun. Kadar keuntungan bank 5.2% dan andaian dividen yang diumumkan adalah 7.25%. Setiap bulan ansuran yang anda perlu bayar, RM550. 

Selepas dua tahun, terminate sijil ASB RM100,000 itu. Anda takkan dapat RM15,000 sebenarnya. Tetapi anda akan mendapat tunai sebanyak RM18,000! 


Kenapa banyak sangat? 

Kalau anda simpan duit bawah bantal, memang tidak akan dapat sebanyak itu. Anda hanya dapat RM550 x 25 = RM13,200 sahaja. 

Simpan sendiri: RM13,200
Simpan dengan ASBF: RM18,000

Mana lebih untung?

RM18,000 = RM13,200 = RM4,800 (untung)

Berbalik kepada realiti, dengan gaji RM1,500 dan komitmen ASBF RM550 sebulan, baki yang anda ada untuk survive sebulan adalah,

RM1,500 - RM550 = RM950

RM950 sahaja cukup tetapi anda perlu berjimatlah. Selepas anda berkorban selama dua tahun, sanggup ke nak menghabiskan duit itu hanya untuk duit hantaran? 

Belum lagi termasuk belanja katering, fotografi, pakej bulan madu, barang hantaran, sewa dewan, busana ala-ala raja Melayu dan lain-lain. 

Kalau hantaran RM5,000 tak apalah juga. RM18,000 - RM5,000 = RM13,000

Baki RM13,000 itu boleh buat bayar kos lain-lain. Pandai-pandailah kan. Tak mustahil gaji RM1,500 boleh simpan RM550 untuk ikut teknik ini. Ini adalah forca saving ya. Antara sanggup atau tidak saja. 

Fikirlah dulu dalam-lama sama ada nak buat atau tidak. Kalau ada cara lain, teruskan. Anda yang mahu berkahwin, bukan saya. 

Fikir, fikir, akhirnya tak fikir panjang terus memohon personal loan RM15,000. Habis cerita. Jadilah raja sehari dan anda menjadi 'hamba bank' untuk bertahun-tahun lamanya. Hahaha!

Kita boleh guna bermacam-macam teknik untuk manipulasi dengan ASB Financing. Kena bijak sesuaikan dengan matlamat kewangan masing-masing. Macam mana nak jadi bijak? Kenalah belajar. 

Tambahan, RM18,000 itu boleh buat modal untuk beli rumah harga RM120,000. Jadi kalau nak guna cara ini untuk kumpul modal beli rumah pun boleh. 

Taglah Facebook bakal suami/isteri, ibu bapa, bakal mertua, pakcik dan makcik anda. Biar semua mendapat kesedaran. Untung-untung boleh jimat banyak bila nak kahwin nanti. - 

Artikel dari Harith Faisal
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!