‘Jadi Orang Yang Ringkas’, Rahsia Ibu Bekerja Kurangkan Stress Di Rumah


Buat rakan-rakan yang berkerjaya atau surirumah yang berkarya dan bekerja dari rumah serta masih punya anak kecil, jika jadual kelam kabut, jangan risau, itu maknanya kita normal. Hehehe.

Saya sudah masuk fasa jadual harian yang stabil. Padat tetap padat. Anak-anak kini semuanya sudah di sekolah rendah dan menengah. Pengurusan masa saya menjadi lebih terkawal sekarang.

Waktu mereka masih kecil usah jemu memanfaatkan setiap momen bersama. Ibu jadi tebuan pun momen yang boleh jadi modal ketawa apabila mereka besar. Jangan risau untuk menjadi sempurna. Nanti kita sendiri letih dan stress.

Jadi orang ringkas

Lower down our expectations. InsyaAllah dengan cara sebegini kita lebih mudah tersenyum melalui hari-hari kita yang padat.

Baju tak berlipat jangan dijadikan masalah besar. Cari bakul dahulu. Saya ada cover di mukasurat 88 buku Bekerja & Berniaga: Panduan Kejayaan Untuk Suri.

Belajar menjadi orang yang ringkas.

Tak sempat lipat

Waktu saya masih bekerja dan berniaga dalam masa yang sama dahulu saya sediakan bakul yang dilabel nama ahli keluarga. Jika tak sempat lipat pun tiada masalah kerana anak-anak boleh ambil sendiri dari bakul masing-masing. Ini cerita waktu anak-anak masih kecil.
Sekarang anak-anak dah besar (9-16 tahun), kami sama-sama lipat waktu malam sambil menonton tv. Irfan (16 tahun) dan Irdina (13 tahun) saya sudah tidak basuh atau iron baju mereka lagi, mereka sudah boleh urus sendiri.

NO one answer to 1000 questions.

Mendidik anak-anak ini tak ada satu formula yang boleh pakai untuk semua. Tak ada tip A,B,C macam tips bisnes yang katanya pasti menjadi untuk semua. Cara hidup serta pengalaman kita berbeza.


Empowerment

Bagi saya empowerment antara kaedah yang sesuai dan serasi untuk anak-anak saya. Beri mereka kebebasan untuk beraksi, di dapur contohnya. Bantu hanya jika diminta.
Biasakan anak-anak dengan kerja-kerja rumah dari kecil lagi, tidak kira lelaki atau perempuan. Kurang masin, kurang manis, tak betul prosedur semua itu tahan diri dari komplen. Waktu makan kita makan sama-sama. Nanti anak-anak sendiri tergelak dan akan cakap tak cukup rasa dan sebagainya.




Mistake is another way of doing things. It’s ok. Let them explore.
Result bukan sesuatu yang kita cari pada fasa kanak-kanak. Sekarang fasa membiasakan diri mereka dengan proses. Ini semua sedar tak sedar proses menggilap skil survival. Apatah lagi anak remaja zaman sekarang, mereka tak suka diajar-ajar. Kadang-kadang perlu juga biarkan mereka langgar dinding, benjol dan terduduk.
Irfan, Irdina dan Irsyad… saya sudah boleh serah dapur pada mereka setiap hari Sabtu. Mereka akan bergilir-gilir memasak, menu pun saya tak campur.
Minggu ni Irfan, minggu depan Dina dan minggu seterusnya Irsyad. Isyraf (9 tahun) saya masih guide di dapur.
loading...


0 comment... add one now