Ibu Hamil Sila Ambil Perhatian! Tahu Tak Berdengkur Boleh Menganggu Kesihatan Bayi Dalam Kandungan?

loading...
Seorang ibu yang sedang hamil biasanya mengalami berat badan naik. Hal ini menjadi salah satu penyebab bakal ibu tersebut berdengkur waktu tidur.

Berdengkur adalah suara serak atau keras yang terjadi ketika nafas terhalang sewaktu sedang tidur. Kadang-kadang berdengkur dapat menunjukkan keadaan kesihatan seseorang yang serius.

Sesetengah daripada orang dewasa mempunyai kebiasaan berdengkur. Berdengkur terjadi ketika udara terhalang mengalir ke leher dan menyebabkan jaringan bergetar ketika bernafas sehingga kedengaran berbunyi.
Ibu Hamil Sila Ambil Perhatian! Tahu Tak Berdengkur Boleh Menganggu Kesihatan Bayi Dalam Kandungan?
Ternyata ibu hamil yang berdengkur membawa kesan buruk bagi kesihatan bayi kelak. Bahkan jika ibu hamil berdengkur paling kurang tiga kali dalam seminggu akan berisiko lebih tinggi, iaitu melahirkan anak secara pembedahan, atau memiliki bayi dengan berat badan kurang.

Menurut dr. Ardiansjah Dara Sjahruddin, SpOG, Mkes, doktor pakar kehamilan dan kesihatan dari MRCCC Siloam Hospital Semanggi, andainya berdengkur itu mencapai tahap kronik, ia mungkin boleh menyebabkan berat badan bayi yang dilahirkan rendah.

Katanya, yang dimaksudkan dengan kronik itu ialah kalau berdengkur sudah lebih dari tiga kali dalam seminggu.

Penyebab Berdengkur

Berdengkur dianggap wajar kepada ibu-ibu yang mengandung kerana berat badannya telah meningkat. Namun begitu ia tetap tidak normal sama sekali.

Bila kehamilan memasuki usia lebih dari 20 minggu, biasanya ibu hamil akan berdengkur ketika tidur membuatnya berisiko terkena sleep apnea atau berhenti bernafas waktu tidur. Meningkatnya berat badan menyebabkan pembengkakan pada saluran pernafasan kerana meningkatnya hormon-hormon ketika hamil. 

Di samping itu ada lagi beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan berdengkur, seperti anatomi mulut dan hidung, penggunaan alkohol, alergik dan selesema.

Berdengkur itu merupakan gejala sleep apnea atau terhentinya nafas ketika tidur. Ia berlaku kerana sempitnya saluran pernafasan  ketika tidur sehingga aliran udara dalam tubuh menjadi terhalang. Gerakan nafas dalam tubuh masih boleh terlihat dengan jelas, tapi udara tidak dapat melepasinya dengan mudah kerana salurannya tersumbat. Hal ini menyebabkan kadar oksigen di dalam badan menurun.

Namun begitu, menurut dr. Noroyono Wibowo, SpOG, doktor pakar kehamilan dari Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, tidak semua ibu hamil yang berdengkur melahirkan bayi yang rendah berat badannya.

Menurut beliau, ada beberapa faktor yang menyebabkan ibu hamil berdengkur, seperti kegemukan, kedudukan tidur yang kurang selesa, sehingga tidak ada ruang untuk bernafas dengan baik.

Ada beberapa cara untuk mengatasi ibu hamil yang berdengkur, antaranya:

Pertama dengan tidur  mengiring. Kerana kebiasaannya  berdengkur berlaku  ketika kehamilan berada pada trimester kedua dan trimester ketiga, ketika berat tubuh semakin membesar.

Kedua, gunakan ubat titis hidung, jika hidung tersumbat. Tapi sebelum menggunanya, minta nasihat doktor terlebih dahulu.

Ketiga, berolahraga secara teratur.

Cara-cara yang lain lagi ialah mengamal peraturan tidur yang teratur, dan menjaga kamar tidur sentiasa berada dalam kedaan lembab.

Kesan Berdengkur

Salah satu lagi risiko berdengkur ketika kehamilan ialah pre eklampsia, iaitu kondisi tekanan darah ibu meingkat dan berisiko melahirkan bayi pra matang dan berat badan bayi yang lahir rendah.

Untuk mengatasi hal ini, ibu tersebut perlu menjalani pemeriksaan Ultrabunyi atau Ultrasound , sekurang-kurangnya sebulan sekali. Dengan itu dapatlah doktor mengetahui ukuran janin bayi dan dengan itu dapat mengtaksirkan berat janin dalam rahim.

Untuk mengembalikan berat badan bayi kepada normal ia adalah tergantung kepada penyebab keadaan itu berlaku. Kiranya perkara itu berlaku akibat si ibu berdengkur, maka si ibu perlu dirawat, tapi kalau berat badan bayi kurang, kerana ibu mendapat anameia yang menyebabkan haemoglobin atau sel darah merahnya menurun, maka si ibu memerlukan transfusi atau pemindahan darah atau diberikan ubat untuk meningkatkan kadar haemoglobin dalam darah, seperti ubat penambah darah, dan kalau penyebabnya kerana darah tinggi, maka darah tingginya itu perlu dirawat terlebih dahulu.

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda