Inilah Kisah Sebenar Perjalanan Terakhir Seorang Ayah Menghantar Telur Itik Untuk Anaknya Yang Disayangi

loading...
Oleh: Rohaya Binti Shahibudin

Sebak dan sedih di pagi ini.

Si ayah beriya-iya ingin menghantar telur itik kepada anaknya yang berada di bandar Tanah Merah. Ketika itu waktu tengah hari, si ibu pelik dan berkata, tunggulah petang nanti sejuk sikit. Tetapi tidak dipedulikannya.

Sesampai saja di rumah anaknya, dia terus memberikan telur itik itu dan apabila disuruh naik ke atas rumah serta minum dulu. Dia tidak mahu dan katanya hendak pergi ke rumah saudaranya yang seorang lagi.

Sedangkan rumahnya amat jauh dari rumah anaknya itu. Hampir maghrib, si ibu risau kerana si ayah belum lagi balik dan sampai ke rumah. Lantas si ibu terus menelefon anaknya tadi.


Anaknya terus keluar mencari si ayah di tepi jalan dan risau kalau-kalau ayahnya terjatuh dari motor, tetapi tiada, dan anaknya terus ke hospital Tanah Merah yang menganggarkan ayahnya mungkin berada di situ.


Rupanya si ayah berada di Hospital
Tepat sekali tekaan si anak, apabila memang betul si ayah ada di situ dalam keadaan koma, ketika itu jam sudah menunjukkan 8 malam. Selepas itu ayahnya terus dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM).

Kata doktor, terdapat darah beku di dalam kepalanya tetapi mempunyai risiko yang amat besar untuk membuangnya semula. Jadi, selepas itu semua anak-beranak bersetuju memberikan keputusan tidak perlu melakukan pembedahan terhadap si ayah.


Dan akhirnya semalam, si ayah telah pergi untuk selama-lamanya dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir serta meninggalkan anak-anak serta isteri yang disayangi.

Inilah mangsa langgar lari yang berlaku di simpang masuk Taman Kiara, Tanah Merah pada 10 March lalu, dalam jam 2.30 tengah hari.

Menurut saksi kejadian kemalangan itu, sebuah kereta MyVi yang dipandu dengan laju telah merempuh si ayah ini dan terus melarikan diri begitu sahaja tanpa memberikan bantuan atau menyelesaikan masalah ini.

Sekiranya sesiapa mempunyai info, diminta berikan maklumat kepada pihak polis dan saya kasihankan keluarga ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!