Lelaki Ugut Nak Rogol Penjaja Wanita Kerana Berniaga Produk Yang Sama

SEBUAH video merakam aksi tidak puas hati seorang lelaki yang mengugut untuk merogol seorang lagi penjaja wanita yang berniaga berhampiran dengan gerainya menular (viral) di laman sosial.
Difahamkan lelaki itu yang juga seorang penjaja mengusahakan gerai berhampiran tempat kejadian tidak berpuas hati kerana wanita yang dimarahinya berniaga 'produk' yang sama seperti jualannya.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

"Kau panggil boss kau turunlah, lelaki tu lah, kau senyum apahal, aku rogol kau sini kang!" Ugutnya kepada wanita tersebut.

"Kau orang meniaga air, aku meniaga air apa cerita kau orang baru, meniaga tempat kita orang, salam tak bagi, bagi salam dulu la wei! Tak ada adab? Tak ada adab? Pakai tudung, bur*t orang pakai tudung, lanc*u!" Kata lelaki itu dalam keadaan marah.

Seorang lagi wanita membahasakan dirinya sebagai 'acik' (makcik) yang turut tidak berpuas hati turut datang ke tempat tersebut namun nadanya lebih perlahan, 

"Kau tengok acik datang bertekak sini sebab apa? Macam itulah acik sakit hati. Acik buat air kau boleh buat air..." Katanya sebelum rakaman itu terpotong.

Kejadian seperti ini sebenarnya biasa berlaku, aku pun banyak kali lihat dengan mata kepala sendiri penjaja dengan penjaja saling bergaduh kononnya rezeki mereka terganggu bila ada orang lain jual benda yang sama.

Pernah aku nampak, dua orang wanita bergaduh sampaikan salah seorang patah hidung ditumbuk pihak lawannya kerana berebut tempat nak meniaga jual apam balik.

Tapi kalau mereka percaya bahawa rezeki masing-masing telah ditetapkan oleh Allah, tak adalah sampai bergaduh bagai. Tempat yang direbutkan pun bukan tempat dia, tepi jalan awam, dalam kata lain dua-dua meniaga secara haram.

Sebenarnya jika ada dua atau tiga orang berniaga di tempat yang sama akan menjadikan tempat itu lebih meriah, orang lalu lalang jadi lebih 'alert' dan lebih ramai nak singgah membeli secara tak langsung 'kek rezeki' yang dikongsi juga lebih besar.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda