Sekarang Barulah Saya Tahu Kenapa Dia Suruh Saya Urus Semuanya Sendiri - Isteri Fandi Mangsa Nahas Kereta Melawan Arus

loading...

Sungai Petani - Susulan kemalangan maut di Pulau Pinang semalam yang membabitkan kematian seorang lelaki akibat dirempuh sebuah kereta yang melawan arus masih lagi hebat diperkatakan di media sosial.

Mangsa Mohamad Fandi Rosli, 26, terbunuh dalam kemalangan itu apabila dirempuh oleh sebuah kereta di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, pagi semalam.

Mangsa telah meninggalkan isterinya Norasikin Abdul Halim, 26, yang kini sedang diperingkat awal mengandung anak sulung mereka. Norasikin seorang jururawat yang bertugas di Hospital Selayang, tidak dapat menyembunyikan kesedihannya setelah suami tersayang meninggal dunia.

Menurut laporan Berita Harian, pasangan ini telah berkahwin semenjak 3 bulan lalu tetapi tinggal berasingan memandangkan Norasikin berkerja di Selayang, manakala mangsa adalah seorang juruteknik di satu syarikat di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Petanda arwah ingin pergi untuk selama-lamanya, apabila dia berkeras tidak mahu hantar isterinya pulang ke Kuala Lumpur pada hari Selasa depan sedangkan biasanya dia akan berbuat begitu. Malah arwah sempat membelikan tiket penerbangan untuk isterinya serta menyuruh Norasikin menguruskan sendiri jika ingin pulang ke Kuala Lumpur.




Peristiwa ini sangat menyedihkan dan sukar untuk diterima Norasikin kerana dia baru sahaja disahkan hamil dan kandungannya kini berusia empat minggu malah beliau dan suaminya baru sahaja bercuti di Pulau Langkawi dua minggu yang lalu.

Bapa Mohamad Fandi, Rosli Lin, 56, juga amat mengharapkan remaja yang melakukan kesalahan tersebut dikenakan hukuman yang setimpal kerana telah mengakibatkan kemalangan itu berlaku dengan memandu melawan arus sehingga menyebabkan kehilangan nyawa orang yang tersayang.

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda