Ada Urusan Penting Tapi Kurang Keyakinan Diri? Boleh Lafazkan Doa Ini Agar Dilancarkan Urusan dan Ucapan (Doa Nabi Musa)

Dalam hidup, kita hendaknya selalu mengembalikan semua urusan kepada Allah SWT. Setiap urusan, libatkan Allah SWT dalam menjalaninya. Dengan menghadirkan Allah SWT, maka insya Allah segala urusan kita akan berjalan dengan lancar. 

Oleh kerana itu, berdoalah kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh supaya urusan kita mendapat pertolongan dari Allah SWT.

Berikut ini ada sebuah do’a bermanfaat untuk meminta kemudahan urusan dan kelancaran dalam berbicara (ucapan). Doa ini yang dibaca oleh Nabi Musa ‘alaihissalam ketika akan menghadapi Fir’aun. Doa ini disebutkan dalam Al Qur’anul Karim:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

“Musa berkata, ‘Robbis rohlii shodrii, wa yassirlii amrii, wahlul ‘uqdatam mil lisaani yafqohu qoulii’ [Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku]." (QS. Thoha: 25-28)


Kita dapat mengamalkan doa ini agar ketika akan menghadapi orang lain dalam rangka berdakwah, mengajarkan sesuatu dan ketika akan menyelesaikan suatu urusan. Hikmah kita membaca doa ini adalah pertama dada (hati) kita akan dilapangkan. 

Ketika hati sudah lapang, maka kita kan lebih mudah menyampaikan apa yang ingin kita sampaikan pada orang lain. Kedua, urusan kita menjadi lancar. Tidak ada masalah yang sukar, jika kita mahu berdoa kepada-Nya agar dimudahkan. 

Tiada satu doapun yang disia-siakan Allah. Ketiga, lisan kita akan dimudahkan dalam berbicara dan orang yang mendengar ucapan kita akan memahami apa yang kita utarakan.

Doa ini sangat mudah dilafalkan, sehingga jangan sampai lupa untuk diamalkan. Semoga Allah mempermudah urusan dan ucapan kita. Aamiin.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Boleh Ke Makan Ayam Ada Tanda 'Lebam' Begini? Ini Jawapan Veterinar

Inilah Ayat Pelaris Cara Islam Ramai Peniaga Yang Lupa Nak Amalkan. Kongsikan Agar Lebih Ramai Yang Tahu...

Cara Qada Solat Yang Tertinggal " 1X ANDA BAGI DAN SEBAR MUNGKIN DPT MENGINSAFKAN BERIBU INSAN YG TIDAK TAHU TENTANG INI