Posts

Showing posts with the label Doa

IBU WAJIB BACA!! Kuasa YA LATIF Pada Anak-Anak, Kesannya Lebih Hebat Daripada Guna Rotan

Image
Haaa... cabaran juga nak jaga anak-anak tanpa tinggikan suara. Nak marah pun bukan anak faham. Jadi apa yang mak-mak perlu buat, guna kuasa DOA! Ya, boleh denda tetapi itu tidak mencukupi dan anda patut doakan manis-manis. Segala kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak. 1. Amalkan membaca baca ‘Ya Latif’ sebanyak 7 kali dan dihembuskan ke kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur. 2. Kita perlu banyak bersabar dalam usaha-usaha kita menangani anak-anak zaman sekarang yang begitu aktif. Kita perlu pujuk bukan marah. 3 Baca al-Fatihah, Baca surah Taha ayat 1- 5. Terjemahan Surah Taha Ayat 1-5 Taa. Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah A...

Perhatian Ibu Bapa! Inilah 7 Doa Yang Patut Setiap Ibu Bapa Amalkan Demi Anak-Anak. Mohon Kongsikan Doa-Doa Ini Pada Ibu Bapa Yang Lain...

Image
Kami ingin kongsikan kepada anda senjata yang paling utama dan berkuasa bagi umat islam lebih-lebih lagi untuk seorang insan yang dianugerahkan gelaran ibu. Tahukah anda, doa seorang ibu itu mampu menembusi langit? Doa yang sangat mudah untuk Allah makbulkan. Kami tahu, perihal doa ini tidak ada syarat yang utama. Maksudnya, untuk doa anda dimakbulkan oleh yang Maha Kuasa, tidak ada syarat-syarat yang ditetapkan Allah, cukup sekadar ikhlas dan penuh berharap.  Tetapi alangkah cantiknya, jika kita memperkemas dan mengamalkan doa-doa yang diambil daripada kalam Allah. Kan? Kalau sukar menghafal dalam bahasa arab, cukup menghafal terjemahan doa tersebut dalam bahasa melayu pun tidak mengapa. Yang penting apa? Ikhlas. Berharap. 1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19 “ Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi ...

Ada Urusan Penting Tapi Kurang Keyakinan Diri? Boleh Lafazkan Doa Ini Agar Dilancarkan Urusan dan Ucapan (Doa Nabi Musa)

Image
Dalam hidup, kita hendaknya selalu mengembalikan semua urusan kepada Allah SWT. Setiap urusan, libatkan Allah SWT dalam menjalaninya. Dengan menghadirkan Allah SWT, maka insya Allah segala urusan kita akan berjalan dengan lancar.  Oleh kerana itu, berdoalah kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh supaya urusan kita mendapat pertolongan dari Allah SWT. Berikut ini ada sebuah do’a bermanfaat untuk meminta kemudahan urusan dan kelancaran dalam berbicara (ucapan). Doa ini yang dibaca oleh Nabi Musa ‘alaihissalam ketika akan menghadapi Fir’aun. Doa ini disebutkan dalam Al Qur’anul Karim: قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي “Musa berkata, ‘Robbis rohlii shodrii, wa yassirlii amrii, wahlul ‘uqdatam mil lisaani yafqohu qoulii’ [Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku]." (QS. Thoha: 25-28) ...

Adakah Anda Sering Mengalami Mimpi Buruk? Inilah Doa Lengkap Dan Amalan Ketika Terjaga Dari Mimpi Buruk. Mohon Kongsikan...

Image
Tidur adalah salah satu keperluan badan kita setiap hari. Tidur yang seharusnya menjadikan situasi transisi kita iaitu dari alam sedar menuju alam tidak sedar. Apalagi diwaktu kita tidur tersebut dipenuhi dengan pelbagai mimpi indah sebagai bunga dari tidur, tentunya kesan ketika kita terbangun pun akan terasa lebih segar.  Akan tetapi, bagaimana jika hal tersebut berbalik iaitu kita mengalami mimpi buruk? Pastilah ketika kita terbangun dari mimpi buruk tersebut, kita secara sedar akan merasakan respon/ kesan negatif langsung yang terjadi pada tubuh kita, seperti misalnya jantung berdegup cepat, fikiran tidak keruan, berpeluh, dihantui rasa takut berlebihan, dan lain-lain. Saudaraku, sesungguhnya masing-masing mengalami mimpi baik dan mimpi buruk itu ada caranya tersendiri dalam memahaminya, sebagai manusia normal pastinya kita pernah mengalami mimpi buruk tersebut.  Lantas kemudian, bagaimana kita memahaminya serta mengatasi ketika kita mengalami mimpi buruk te...

Masya Allah, Inilah Fadhilat Dan Khasiat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr. Semoga Amalan Membacanya Bermanfaat Buat Kita

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Tiga ayat akhir Surah Al-Hasyr mengandungi fadhilat dan khasiatnya yang tersendiri. Ianya mempunyai ‘Asma ul Husna’ yang paling agung pada enam aat terkhir dari surah Al-Hasyr.  Penyebutan nama-nama Allah yang paling indah yang mengkisahkan sifat-sifat-Nya yang menjadikan-Nya Tuhan. Dia Maha Pencipta dan yang selayaknya disembah. Hanya dengan mengingati Allah maka hati kita dilatih menjadi sedar dan insaf kerana kita ini hamba-Nya. Keistimewaan Dan Fadhilat Tiga Ayat Akhir Surah Al-Hasyr Apabila diamalkan membaca tiga ayat akhir Surah al-Hasyr (Ayat 21-24) selepas Subuh dan Asar atau pada waktu pagi dan petang, ia akan; 1.      Mendapat rahmat Allah سبحانه وتعالى. 2.      Allah سبحانه وتعالى menyeru para malaikat agar sentiasa berselawat kepadanya. 3.      Jika meninggal dunia pada hari itu, dia diumpama...

Inilah Doa Pendek Yang Sangat Wajar Diamalkan Di Zaman Ini, Insya Allah Kita Akan Terhindar Daripada Mudarat...

Image
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut :     Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut : Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut : 1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi 2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal 3. Berbahaya 4. Melarat, Bertambah Payah   Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;   1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi. 2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal. 3. Selam...

Fadhilat Ayat 128 – 129 Surah At-Taubah| Tahukah Anda Betapa POWERnya Ayat-ayat ini Jika diamalkan?

Image
Masyallah saya tidak tahu. Betul-betul saya tidak tahu. Umur saya telah hampir separuh abad namun baru sekarang baru saya tahu tentang kelebihan ayat-ayat 128-129 di dalam Surah At-Taubah. Inilah rezeki yang Allah SWT beri kepada saya di saat-saat saya sunyi sendiri menghadapi kesukaran dan pancaroba hidup ini. Inilah buktiNya Dia masih bersama saya kerana di masa begini tiba-tiba saya terjumpa dan terbaca dengan tidak sengaja tentang kelebihannya. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat ini dengan seberapa ramai yang boleh. Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah – jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat. – jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia. – jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan. – jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan. – jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat mem...

Cuba Periksa Semula 10 Pra Syarat Doa Dimakbulkan Oleh Allah

Image
Doa adalah senjata kepada umat Islam.Tapi jika kita gagal memenuhi beberapa perkara penting dalam berdoa, senjata yang dimiliki umpama senjata yang tumpul. Untuk memastikan doa menjadi senjata yang baik, 10 syarat ini perlu dilakukan: #1 – Menyedari Hanya Allah Yang Menjawab Doa Percaya hanya Allah yang akan menjawab doa kita amat berkait rapat dengan iman dan tauhid. Keyakinan diletakkan kepada Allah, Dia satu-satunya yang mendengar dan memakbulkan doa hambaNya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada Tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu buat.” (An-Naml: 62) #2 – Doa Dengan Ikhlas Kerana Allah Ikhlas dalam berdoa juga amat berkait rapat dengan tauhid. Doa mesti dilakukan dengan penuh ikhlas kepada Allah tanpa mencampur-aduk...