Adakah Anda Sering Mengalami Mimpi Buruk? Inilah Doa Lengkap Dan Amalan Ketika Terjaga Dari Mimpi Buruk. Mohon Kongsikan...

Tidur adalah salah satu keperluan badan kita setiap hari. Tidur yang seharusnya menjadikan situasi transisi kita iaitu dari alam sedar menuju alam tidak sedar. Apalagi diwaktu kita tidur tersebut dipenuhi dengan pelbagai mimpi indah sebagai bunga dari tidur, tentunya kesan ketika kita terbangun pun akan terasa lebih segar. 

Akan tetapi, bagaimana jika hal tersebut berbalik iaitu kita mengalami mimpi buruk? Pastilah ketika kita terbangun dari mimpi buruk tersebut, kita secara sedar akan merasakan respon/ kesan negatif langsung yang terjadi pada tubuh kita, seperti misalnya jantung berdegup cepat, fikiran tidak keruan, berpeluh, dihantui rasa takut berlebihan, dan lain-lain.

Saudaraku, sesungguhnya masing-masing mengalami mimpi baik dan mimpi buruk itu ada caranya tersendiri dalam memahaminya, sebagai manusia normal pastinya kita pernah mengalami mimpi buruk tersebut. 

Lantas kemudian, bagaimana kita memahaminya serta mengatasi ketika kita mengalami mimpi buruk tersebut?. Mimpi buruk sering sekali terjadi ketika fikiran kita sedang memikirkan banyak hal,yang pastinya namanya mimpi buruk pasti kita kurang suka.Bacalah doa ini setelah kamu terbangun dari mimpi buruk mu. Boleh saja terjadi mimpi buruk itu terjadi kerana gangguan syaitan:

Doa Ketika Mengalami Mimpi Buruk, Lengkap. (HR. Ibnu Sunny).

اللّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ وَسَيِّــئَاتِ الْأَحْلَامِ
ALLAHUMMA INNII A ’UUDZU BIKA MIN ‘AMALISS SYAITHAANI WASAYYI-AATIL AHLAAM

Ertinya :
{” Ya Allah Sesungguhnya Aku berlindung kepada-Mu (ya Allah), dari segala perbuatan syaitan dan dari segala keburukan mimpi ini “}

Digalakkan juga berbuat seperti berikut:

a) Meludah ke kirinya, tiga kali. Bukanlah meludah sehingga keluar air liur cukup dengan ludah acah2 sebagai penghinaan kepada syaitan.
b) Minta pertolongan kepada Allah dari godaan syaitan dan kedahsyatan mimpinya, tiga kali
c) Membalikkan tubuh ( mengubah posisi)
d) Tidak menceritakan mimpi itu kepada orang lain.
e) Mengambil wudhuk lalu melakukan solat sekiranya mahu .

Menurut majalah Reader’s Digest edisi Julai 2006, berdasarkan kajian saintifik seseorang itu mampu merakamkan mimpi yang dilaluinya dan mentafsirkannya secara positif . Langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah :

1. Fikirkan sesuatu idea yang ingin kita bawakan dalam tidur.
2. Sediakan peralatan untuk merekodkan mimpi sebaik sahaja terjaga dari tidur.
3. Cuba bangun secara natural tanpa menggunakan jam loceng atau secara terpaksa.
4. Bangun secara perlahan dengan membuka mata secara beransur-ansur.
5. Hubungkan pola mimpi dengan keadaan semasa untuk mengelakkan lupa.
6. Tukarkan outcome mimpi kepada perkara yang positif.
7. Bersabar untuk mengingatkan mimpi semula, kerana ia mungkin mengambil masa yang lama untuk diingat semula.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Berapa Lama Daging Atau Ayam Boleh Digunakan Selepas Dinyahbeku Tanpa Menghilangkan Zatnya?

Wanita WAJIB Tahu..Tanda Kanser Rahim Bila Keputihan Berwarna Coklat , Bercampur Darah!!

Tip Membeli Tayar Supaya Tidak Tertipu Dan Membahayakan Nyawa Anda